KBS Manhole pecah rekod “ratings” drama terburuk dalam sejarah penyiaran KBS, SBS & MBC

Penulis bersimpati dengan produksi KBS Manhole kerana telah mencatatkan penurunan ratings yang ketara sejak drama ini disiarkan mulai bulan lepas. Untuk sekian kali lagi, KBS Manhole mencipta rekod sebagai drama yang mempunyai ratings paling rendah dalam sejarah penyiaran KBS, SBS & MBC berpandukan pada data Nielsen yang dikecapi sejak awal tahun 2000-an apabila hanya sekadar meraih ratings sejumlah 1.4%, malah menurun sebanyak 0.6% daripada 2.0% yang diperolehi pada minggu lepas.

Hal ini diburukkan lagi dengan penayangan drama baru MBC, berjudul Hospital Ship pada slot berkenaan menyebabkan persaingan drama menjadi lebih ketat. MBC Hospital Ship merupakan “comeback” terbaru Ha Ji Won dan semestinya kemunculannya amat dinantikan penonton. Turut bersaing dalam slot berkenaan ialah SBS Reunited World yang menduduki tempat ke-2.

Kim Jae Joong (JYJ) sebagai Bong Pil.

KBS Manhole sekaligus telah menepiskan rekod terburuk diperolehi drama KBS Foolish Love (tahun 2000) dengan ratings 1.8% dan juga KBS Beyond The Cloud (tahun 2014) dengan ratings 1.9%.

KBS Manhole dibintangi oleh UEE dan Kim Jae Joong yang baru dibebaskan daripada latihan khidmat negara. Ia berkisarkan tentang seorang lelaki yang kecewa apabila wanita yang amat dicintainya selama 28 tahun akan berkahwin tak lama lagi lalu bergerak melepasi ruang masa untuk menghalang tragedi itu daripada berlaku. Drama ini dikritik kerana gambaran emosi yang terlalu banyak,  komedi yang bercampur baur, dan penggunaan ruang masa yang tak kena dengan situasi drama.

Sumber: newspimsohmynews

 

 

Komentar

comments

You may also like...