/Bekas ratu cantik, Kim Sarang sertai tvN Mr Sunshine bersama Lee Byung Hun; Sedikit sinopsis mengenai Mr Sunshine

Bekas ratu cantik, Kim Sarang sertai tvN Mr Sunshine bersama Lee Byung Hun; Sedikit sinopsis mengenai Mr Sunshine

Kim Sarang . Lee Byung Hun

Seorang lagi pelakon telah ditambah di dalam senarai pemilihan terbaru untuk drama tvN Mr Sunshine iaitu bekas ratu cantik Korea, Kim Sarang. Kim Sarang akan menyertai Lee Byung Hun (“Beautiful Days, IRIS 2, Kim Tae Ri (“Handmaiden”) , Byun Yo Han (“Six Fying Dragon”,”Misaeng”) dan Yoo Yeon Sok (“Romantic Doctors, Teacher Kim”) bagi menjayakan drama korea yang menggunakan bajet besar ini. Ini juga merupakan kolaborasi pertama Kim Sarang bersama penulis Kim Eun Sook selepas 6 tahun, kali terakhir menerusi drama SBS Secret Garden. Kim Sarang pernah membintangi drama jtbc My Love Eun Dong sebelum ini.

Mr. Sunshine berkisarkan tentang cerita seorang budak secara tak sengaja menaiki kapal perang menuju ke Amerika Syarikat semasa peristiwa bersejarah Shinmei Yang pada tahun 1871. Budak tersebut membesar dan ditempatkan di Joseon sebagai askar Amerika Syarikat.

Lebih memilukan hati lagi, berlakunya konflik percintaan melibatkan pilihan ibubapa angkat Mr. Sunshine yang mahukan Mr Sunshine mengahwini wanita pilihan mereka iaitu pewaris hotel  di korea yang baru saja kehilangan suami. Mendiang suaminya merupakan seorang hartawan tua keturunan Jepun barangkali,  yang dikahwinkan awal oleh ayahnya kerana mahukan dia bahagia di bawah pemerintahan Jepun. Watak wanita ini akan dilakonkan oleh Kim Sarang.

Mr. Sunshine sebaliknya mencintai anak perempuan kepada seorang aristokrat korea daripada keturunan keluarga Go, yang dilakonkan oleh Kim Tae Ri semasa beliau ditempatkan ke Joseon. Kim Tae Ri juga menjadi rebutan orang gaji rumahnya, dilakonkan oleh Yoo Yeon Sok. Ia sekaligus akan menjadikan konflik cinta empat segi antara Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Sok dan Kim Sarang.

tvN Mr Sunshine yang diarahkan oleh PD Lee Eun Book akan menemui penonton  pada awal tahun 2018.

Sumber: donga

Komentar

comments

Admin Kmania.