Dong Ha jatuh cinta dengan objek dalam MBC I am Not a Robot ?

Kedengaran ironi, bukan tentang bagaimana manusia boleh jatuh cinta dengan robot miliknya? Begitulah drama baru MBC berjudul “I am Not a Robot” yang akan menghiasi bulan Oct ini. Akhirnya penat lelah pelakon muda yang agak versatil ini, Dong Ha berhasil apabila mula ditawarkan sebagai hero utama dalam drama berkenaan.

“Dong Ha betul-betul sedang mempertimbangkan tawaran berkenaan ,” kata agensi yang menguruskan Dong Ha.

MBC I am Not a Robot berkisarkan tentang seorang lelaki yang mempunyai keinginan seksual terhadap robot, dalam erti kata lain, agalmatofilia. Dia digambarkan sebagai “otaku” , hidup dengan dunianya sendiri tetapi dia bukan robot seperti yang digembar-gemburkan orang ramai. Isu ‘agalmatofilia’ ini mungkin tak pernah didedahkan sebelum ini, tapi akan jadi menarik jika ceritanya digarap dengan baik. Ia bakal mencerahkan sedikit sebanyak perihal kehidupan seorang bergelar otaku yang jarang bersosial dengan lain, bagaimana kurangnya interaksi dengan manusia menyebabkannya tertarik pada objek.

Lakonan Dong Ha selaku robot ini mungkin membawanya ke dimensi baru hasil pengalaman versatil dalam membawakan watak yang ‘poker face’  sebelum ini terutamanya dalam KBS Chief Kim dan SBS Suspicious Partner.

Merupakan karya terbaru penulis skrip MBC Shine or Go Crazy, Kim Sun Mi, drama ini akan diarahkan oleh pengarah Jun Dae Yoon, calon Best Director CARI Kdrama Awards untuk drama MBC She Was Pretty. Jun Dae Yoon juga terkenal sebagai pengarah drama berentak dua dimensi berbeza, “W” yang ditayangkan tahun lepas.

Sumber: tenasia

Komentar

comments

You may also like...