SBS Temperature of Love serlahkan wajah berseri Seo Hyun Jin sambil ditemani ‘chef’ kacak

Seo Hyun Jin sebagai Lee Hyun Soo.

Selepas sesi pembacaan skrip 4 hari yang lalu, pihak produksi SBS segera mengeluarkan teaser terbaru drama terbitannya, Temperature of Love menampilkan Seo Hyun Jin yang sedang menaip naskahnya di sebuah restoren yang dikendalikan oleh seorang chef dilakonkan Yang Se Jong. Seo Hyun Jin menikmati hidangan sejenis bubur sambil melemparkan senyuman ke arah chef berkenaan.Di sekelilinginya, terdapat pelanggan yang lain sedang memerhatinya secara rapat, iaitu pelakon Kim Jae Wook dan Jo Bo Ah.

Yang Se Jong sebagai Oh Jung Sun.

Drama Temperature of Love berkisarkan mengenai seorang penulis skrip bernama Lee Hyun Soo (“Seo Hyun Jin”) yang mempunyai hubungan maya baik dengan seorang tak dikenali rupanya yang memasang impian untuk bergelar tukang masak Perancis terkenal, (“Yang Se Jong”).

Lee Hyun Soo bekerja sebagai pembantu seni selama sepuluh tahun. Disebabkan bosan dengan kerenah di syarikat konglamerat, Lee Hyun Soo berhenti kerja dan memulakan langkah sebagai penulis drama. Dia berkenalan dengan seorang tak dikenali di ruang media sosial.

Oh Jung Sun ialah  seorang pemilik restoren ‘Good Soup’ yang mendapat penghargaan Michelin. Beliau belajar memasak daripada sekolah terkemuka, Le Cordon Bleu di Perancis.

Ini merupakan penampilan kedua Seo Hyun Jin dan Yang Se Jong setelah bergandingan sama sebagai dr. Yoon Se Jong dan dr. Do Im Bom dalam SBS Romantic Doctors Teacher Kim, kali ini pula sebagai pasangan romantik.  Lakonan Seo Hyun Jin dalam tvN Another Hae Young berjaya meraih pencalonan Best Actress 5th CARI Kdrama Awards dan kemenangan di Baeksang Art Awards 2017. Kemunculan Seo Hyun Jin sangat dinanti-nantikan peminatnya.

Drama ini adalah hasil nukilan Ha Myung Hee, penulis drama SBS Doctors dan diarahkan oleh PD SBS Jackpot, Nam Gun. Ianya akan disiarkan sebalik saja SBS Falsify selesai ditayangkan.

Sumber: https://kmania.info/2017/07/26/seo-hyun-jin-yang-se-jong-sah-membintangi-drama-sbs-temperature-of-love/

Komentar

comments

You may also like...