[TERKINI] Puluhan penonton konsert G Dragon di Hong Kong jatuh pengsan kerana lemas?

Konsert G Dragon “Act III: M.O.T.T.E World Tour” yang berlangsung di Hong Kong sebentar tadi mencetuskan sedikit ketegangan apabila puluhan penonton dikhabarkan jatuh pengsan kerana lemas, seterusnya dikejarkan ke hospital. Tragedi ini berlaku kerana kedudukan “seating” di bahagian atas yang sangat hampir dengan bahagian bawah sehingga menyebabkan penonton di belakangnya terhimpit lalu lemas.

Walaubagaimanapun, keadaan dilaporkan semakin stabil apabila pihak keselamatan cepat-cepat bertindak membawa mangsa keluar daripada lokasi tersebut.

G Dragon yang berada di atas pentas dimaklumkan tentang hal tersebut, turut berdukacita bahawa kejadian seumpama tersebut berlaku.  Dia berharap penonton tidak tolak-menolak antara satu sama lain.

Konsert ini merupakan konsert pertama besar-besaran yang diadakan G Dragon pada tahun ini bagi meraikan pelancaran album Act III: M.O.T.T.E pada dua bulan lepas. Dia merupakan ahli kumpulan kpop, Big Bang yang giat aktif bergerak secara solo, dikenali dengan bakatnya yang hebat dalam penciptaan lagu berentak rap moden. Malaysia juga dalam senarai jelajah konsert ini di mana peminat Malaysia akan menyaksikan pada 17 September ini. Segala maklumat mengenai konsert boleh dilihat di sini: https://kmania.info/2017/07/21/pelancaran-jualan-tiket-g-dragon-2017-world-tour-in-kuala-lumpur-bermula-29-julai/

 

 

Komentar

comments

You may also like...