Park Yoo Chun panjat rasa syukur dibebaskan sepenuhnya

Park Yoo Chun baru saja selesai menjalani program khidmat negara sebagai polis bantuan di pejabat polis Gangnam yang berakhir hari ini 25 Ogos 2017. Progam polis bantuan ini dikhaskan kepadanya kerana beliau menghidap penyakit lelah tahap ke-4  sebagai ganti kepada keanggotaan khidmat tentera. Park Yoo Chun yang kelihatan gempal sedikit disambut meriah oleh sorakan peminat yang tak putus-putus menunggu kemunculan aktor tampan berkenaan.

“Saya sudah habis jalani khidmat negara selama 24 bulan dan pelajari terlalu banyak dalam durasi tersebut. Saya memohon maaf atas keterlanjuran dan juga berterima kasih”

“Saya akan luangkan masa untuk berubah ke arah lebih baik.”

Pertemuan sekejap dengan peminat itu berlangsung selama 2 minit. Park Yoo Chun hanya berdiam apabila diajukan tentang perkahwinan dengan anak gadis kepada CEO Namyang Dairies, Han Hana yang dilahirkan di luar negara.

Sebelum ini, Park Yoo Chun pernah dituduh merogol empat orang gadis kelab tetapi kes itu digugurkan dan mendapati beliau tak bersalah.

Bagi yang tak mengenali Park Yoo Chun, beliau ialah salah seorang ahli kumpulan JYP yang turut dianggotai oleh Kim Jaejoong dan Xia Junsu. Selain menjadi penyanyi, beliau juga giat aktif berlakon dalam arena drama mahupun layar perak. Antara drama popular lakonannya, KBS Sunkyunkwan Scandal, SBS The Girls Who Sees The Smell, MBC I Miss You, SBS Rooftop Prince dan SBS Three Days. Menerusi drama SBS Rooftop Prince lah, beliau tercalon dalam anugerah Best Actor CARI Kdrama Awards sebagai putera raja yang dipindahkan ke zaman depan.

Filem Haemoo pula telah menaikkan status aktor ini ke tahap yang tertinggi apabila lakonan beliau yang hebat sebagai krew anak kapal dalam filem berkenaan telah menyapu bersih anugerah Best New Actor di ketiga-tiga anugerah berprestij Korea Selatan, iaitu Granbell, Blue Dragon dan Paeksang Art Awards menjadikan bakat bintang ini sesuatu yang tak patut diketepikan.

Sumber & Gambar : tvreport

Komentar

comments

You may also like...