/3 Minutes Boyfriend Bersama Wanna One

3 Minutes Boyfriend Bersama Wanna One

Wanna One kembali membuatkan para penonton bergelak ketawa dengan kemunculan mereka menerusi segmen Saturday Night Live Korea Musim ke-9 (SNL 9).

Setiap segmen menunjukkan setiap ahli Wanna One yang mengambil peranan sebagai teman lelaki impian untuk Jang Do Yeon dan Lee See Young, tetapi sifat teman lelaki impian mereka berubah menjadi mimpi ngeri kerana mereka bertindak secara extreme.

Park Ji Hoon seorang teman lelaki yang suka menyimpan memori perhubungannya dengan gerakan tangan yang seolah capture memori tersebut. Pada mulanya ianya nampak sweet tetapi semakin lama ianya jadi habit dan membosankan bila Ji Hoon menyimpan barang yang dirasakan ada memori ke dalam poketnya.

Bae Jin Yong membawa watak sebagai  teman lelaki yang romantic seperti di dalam buku komik. Selepas membuatkan Lee See young terpesona dengan skill bermain piano dan pandangan yang mempersona, adegan romantis berubah arah setelah adegan-adegan dari buku komik dimainkan Jin young tidak dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan realiti.

Ha Sung Woon tampil sebagai teman lelaki yang boleh membuatkan jantung wanita berdegup kencang dan boleh menyelesaikan semua perkara. Bagaimanapun, semuanya berubah bila dia muncul dalam pelbagai versi di setiap saat yang memang buat jantung anda seperti ingin meletup !

Kemudian Lee Dae Hwi yang menjadi  “winking boyfriend.” Mulanya Lee Se Young seolah dirinya dicas semula hanya dengan kenyitan mata teman lelakinya. Tetapi ianya menjengkelkan bila teman lelakinya mula mengenyit pada kepada semua orang untuk memberi tenaga kepada mereka.

Ong Sung Woo dengan penuh bergaya dan ditambah dengan mimik muka gila-gilanya memberi kata semangat dan sorakan kepada Lee Se Young, yang mana mengalami kemerosotan prestasi disekolah.who was failing school, with his silly faces. Apabila Lee Se Young meminta Ong Seung Wu beri sokongan kepadanya, Ong terlalu mengambil serius akan permintaan Lee sehingga membuatkan beliau tertawa pada keadaan yang tidak sepatutnya.

Episode berikutnya menampilkan Kang Daniel yang memegang watak teman lelaki yang meminta Jang Do Yeon untuk “Open Up” kepadanya sambil menyanyi lagu “Open Up”. Pada mulanya, Jang Do Yeon terpesona dengan aksi “Open Up” Kang , tetapi lama-kelamaan ianya seperti membosan apabila Kang Daniel mula meminta dibukakan segala benda untuknya!

Seterusnya ialah Hwang Min Hyun, yang menjadi teman lelaki yang perwatakan seperti seorang budak lelaki yang terlalu baik. Jang Do Yeon mula berasa jelik apabila Hwang Min Hyun percaya bayi wujud dengan hanya memegang tangan dan bayi akan dihantar menggunakan burung bangau.

Kim Jae Hwan, yang memainkan watak sebagai teman lelaki dengan suara yang merdu dan boleh mencairkan hati wanita. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya cuba untuk menyanyikan lagu yang mempunyai “high notes” sehingga mengganggu orang disekelilingnya.

Seterusnya ialah Lai Guan Lin, yang membawa watak seorang teman lelaki yang punya penampilan yang sangat menawan sehingga Jang Do Yeon terpaut hati. Walau bagaimanapun, Jang Do Yeon mendapati bahawa mempunyai teman lelaki yang lebih cantik daripada dia bakal menjadi masalah dalam hidupnya bila orang ramai terlalu mengambil berat akan teman lelakinya dan membuatkan hidupnya dipinggirkan.

Park Woo Jin memainkan teman lelaki  yang penuh energi luar biasa yang bisa buat orang disekelilingnya terpegun dengan gerakan tarian yang cekap. Bagaimanapun, energinya tidak pernah luntur sehingga dia terus menari sedangkan orang disekelilingnya sudah kehabisan tenaga.

Yoon Ji Sung memainkan seorang teman lelaki yang amat menjaga kebajikan kekasihnya. Walau bagaimanapun, dia terlalu extreme dengan sifat keibuannya sehingga dia berpakaian seperti ahjumma sebenar. Dia juga kerap membebel kepada Jang Do Yeon seperti ibu membebel kepada anaknya. Kang Daniel juga membuat penampilan khas dalam episod ini.

Kini, kesemua 11 ahli Wanna One telah muncul dalam segmen “3 Minutes boyfriend”. Jadi siapakah pilihan hati anda!

Pada anda yang mengikuti SNL  dan peminat segmen tersebut, boleh like dan follow mengetahui akan Facebook Page Daebaking. Anda memang tidak akan kering gusi menonton video  SNL kerana setiap video telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang kelakar menjadikan anda tidak akan berhenti ketawa. Anda boleh tonton 3 Minutes boyfriend Wanna One ini dalam Bahasa Melayu di Daebaking. Kalau anda berada dalam situasi yang tertekan pasti page ini boleh menghilangkan tekanan anda.

Komentar

comments