Produksi “Mr Sunshine” nafi Kim Eun Sook tuntut SBS sebanyak 1.5 bilion won satu episod

Pihak produksi drama “Mr. Sunshine” daripada Anam Pictures telah menyangkal dakwaan laporan berita sebelum ini mengatakan bahawa tuntutan sebanyak 1.5 billion untuk satu episod telah menyebabkan hak penyiaran yang beralih dari SBS ke tvN.

“Tuntutan sebanyak 1.5 billion untuk satu episod sangat mengarut dan berniat jahat.”

Mr. Sunshine berkisarkan tentang cerita seorang budak secara tak sengaja menaiki kapal perang menuju ke Amerika Syarikat semasa peristiwa bersejarah Shinmei Yang pada tahun 1871. Budak tersebut membesar dan ditempatkan di Joseon sebagai askar Amerika Syarikat. Watak berkenaan akan dilakonkan oleh pelakon veteran yang versatil, Lee Byung Hun. Turut membintangi drama ini ialah Kim Tae Ri (“Handmaiden”) , Byun Yo Han (“Six Fying Dragon”,”Misaeng”) dan Yoo Yeon Sok (“Romantic Doctors, Teacher Kim”).

Kim Eun Sook merupakan penulis skrip paling popular di Korea Selatan kerana hasil nukilannya pasti akan menjamin sekurang-kurangnya 20% ratings. Beliau terkenal dengan drama-drama seperti SBS Lovers in Paris, SBS Secret Garden, SBS Gentlemen’s Dignity, KBS Descendants of The Sun dan tvN Goblin, serta bertanggungjawab menaikkan kembali populariti pelakon utama dramanya seperti Park Shin Hyang, Song Joong Ki, Hyun Bin, dan terbaru sekali, Gong Yoo.

Beliau sering bergiat aktif sebagi penulis skrip SBS sebelum beralih ke cenel lain sejak KBS Descendants of The Sun disebabkan ketidaksetujuan mengenai kos produksi dan perubahan skrip mengikut kehendak cenel berkenaan.

Sumber:  ytn.co

Komentar

comments

You may also like...