Lee Jong Suk Gian Beraksi sebagai Pembunuh Bersiri Yang Psiko

 

Pelakon Lee Jong Sung yang bakal menginjak umur 27 tahun pada 14 September hadapan, mengakui memiliki wajah yang agak pucat. Jadi ketika beliau menjalani pengambaran, make-up artist akan menyolekkan beliau dengan menggunakan foundation yang lebih gelap.

Sebaliknya, Pengarah filem V.I.P, Park Hoon Jung berkata bahawa wajah pucat pelakon yang pernah tercalon 4 kali berturut Popular Actor CARI Kdrama Awards ini amat bersesuaian dengan karakter Kwang-il seorang pembunuh misteri Korea Utara. Filem V.I.P adalah filem terbaru lakonan Lee Jong Suk dan filem ini mula ditayangkan pada 23 Ogos 2017.

 

“Ketika saya melihat skrip filem V.I.P, saya begitu teruja dan sangat menginginkan watak tersebut sehingga saya sanggup menemui pengarah Park. Saya memberitahu beliau, saya sememangnya mahu membawakan peranan tersebut walaupun ketika itu saya sedang menjalani penggambaran drama Cina,” kata Lee dalam satu temu bual di Palpan-dong, Seoul, Isnin lalu.

 

Dengan perwatakan yang menarik dan menawan, LeeJong Suk telah membintangi banyak drama Korea dengan membawakan watak lelaki yang romantik. Pelakon yang berusia 27 tahun ini terkenal dengan pertunjukan seperti “I Can Hear Your Voice,” di mana dia membawa watak seorang ‘mind-reader’ yang menderita kesan daripada trauma masa lalu dan dalam drama “Pinocchio,” kita dapat melihat watak beliau sebagai seorang wartawan yang berjuang untuk keadilan. Tahun lepas, Lee telah memenangi pelakon terbaik dalam anugerah drama MBC kerana prestasi hebatnya dalam drama “W.”

Lee bagaimanapun tidak membantah imej kebudak-budakannya(boyish), tetapi beliau selalu menginginkan peranan yang lebih berkarisma, katanya. “Saya impikan gaya seperti Jang Dong-gun ketika mereka di depan kamera, nampak tegas sambil merokok dan saya tidak mempunyai karisma seperti itu,” katanya, merujuk kepada co-starnya dalam “V.I.P.”

Sebanyak 80 peratus dia berpuas hati dengan lakonannya dalam ‘VIP’, katanya. “Ekpressi itu cukup kuat dan meneronokkan. Rasa seperti saya telah lakukan yang terbaik. “

 

Dalam “V.I.P.” dia membawakan watak seorang anak lelaki pegawai tinggi Korea Utara yang angkuh yang memandang rendah serta mengejek semua orang di bawahnya. Dia menikmati muzik dan novel klasik. Pembunuhan baginya adalah satu hobi, dan akan bersorak dengan kegembiraan selepas melakukan pembunuhan.

Lee telah berusaha untuk menggambarkan watak psiko yang berbeza. “Anda boleh lihat banyak watak pembunuh di dalam filem yang merasa euphoria (gembira dan puas) selepas pembunuhan. Pengarah Park berkata ia akan menjadi sesuatu yang baru, dan ianya sesuai dengan saya, seperti seorang budak yang gembira apabila mendapat apa yang dia mahu. “

Tetapi pelakon itu tidak bimbang dengan transformasi wataknya.

“Saya telah menerima sokongan yang banyak untuk watak saya itu. Dan saya bimbang jika saya watak penjahat saya tidak meyakinkan. “

 

Dia juga amat prihatin dengan peminatnya, terutamanya golongan remaja Asia.

“Saya mendapat banyak mesej di media sosial, tetapi saya tertarik dengan seorang peminat muda saya ini. Dia bertanya sama ada dia patut menonton filem itu. Saya jarang membalas, tetapi saya tetap membalasnya, ‘Terima kasih atas sokongan anda, tetapi saya fikir ia akan menjadi lebih baik jika anda menunggu sehingga anda menginjak lebih dewasa.’ Saya tidak mahu beliau trauma menonton filem ini. “

Lee telah mengambil beberapa projek drama dan filem untuk beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi dia belum bersedia untuk berhenti lagi.

“Saya merancang untuk memperbaiki lagi imej serta mutu lakonan saya selagi saya mampu. Selepas saya menunjukkan segala kemampuan saya, mungkin saya terdorong untuk mencari aspek baru dalam diri saya. Atau mungkin saya secara perlahan-lahan akan berhenti untuk menerima sebarang tawaran. Orang ramai mungkin akan berhenti untuk mengikuti dan bercakap mengenai perjalanan hidup saya. Kemudian, saya mungkin akan bersara dari dunia lakonan. Saya fikir semuanya akan baik-baik saja, “kata Lee yang menggambarkan dirinya sebagai seorang melankolis dan introvert.

 

Bulan September ini, drama terbaru SBS lakonan Lee Jong Suk dan Suzy “While You Were Sleeping” akan mula bersiaran dikaca TV. Untuk pengetahuan,Drama ini diarahkan oleh Oh Choong-hwan, yang berada di belakang tabir drama hit korea “My Love from the Star” dan “Doctors.” “While You Were Sleeping” mengisahkan Nam Hong-ju, yang dilakonkan oleh Suzy, dapat meramalkan peristiwa malang melalui mimpinya. Pendakwa raya Jung Jae-chan, lakonan Lee Jong Suk, menggunakan kuasa yang ada untuk mengelak ianya daripada berlaku.

Preview filem V.I.P

Poster Filem V.I.P

 

sumber : KPOPHerald

Komentar

comments

You may also like...