/Lee Young Ae (“Saimdang”,”Jewel in Palace”) seorang dermawan yang murah hati

Lee Young Ae (“Saimdang”,”Jewel in Palace”) seorang dermawan yang murah hati

Gambar dikreditkan pada SBS.

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Lee Young Ae yang banyak menyumbang separuh jiwa dan raganya untuk berbakti kepada masyarakat. Beliau pernah menderma 150 juta won kepada pihak hospital bagi membantu golongan wanita yang susah mendapatkan khidmat perubatan.

Kali ini, kerana tersentuh dengan pengorbanan seorang askar, Lee Tae Gyun yang terkorban mempertahankan tanah air sehingga meninggalkan anak kecil berusia 18 bulan, Lee Young Ae telah membuat keputusan untuk menderma kepada Jabatan Pembangunan Kewangan Angkatan Tentera dengan harapan penderitaan yang dialami keluarga askar tersebut dapat dilegakan sedikit.

Lee Young Ae berkata , “Sebagai ibu, saya semestinya mahukan anak-anak itu membesar dengan selamat tanpa perlu risau dengan kekangan kewangan”

Bantuan diberikan Lee Young Ae dijangka akan menampung kos pembelajaran dan sara hidup anak-anak tersebut sehingga mereka selesai memperoleh ijazah.

“Pihak angkatan tentera sangat menghargai jasa dan bantuan diberikan oleh individu dan syarikat konglamerat. Terima kasih diucapkan. Moga bantuan berkenaan dapat memberi semangat kebangkitan buat askar yang banyak berbakti kepada negara ini.”

Lee Young Ae terkenal menerusi drama MBC Jewel in Palace sebagai tabib istana sehingga beliau meraih daesang di anugerah akhir tahun MBC. Kehebatan drama itu juga diakui seluruh pelusuk dunia sebagai penyebab utama “hallyu” selain drama KBS Winter Sonata. Lakonan beliau dihargai sekali lagi menerusi filem Sympathy for Lady Vengeance sehingga merangkul Best Actress dalam Paeksang Art Awards dan Blue Dragon Film Award.  Beliau juga membintangi SBS Saimdang pada awal tahun ni yang boleh ditonton menerusi cenel Oh! K , astro 394 untuk rakyat Malaysia.

Sumber: yonhap , chosun

Komentar

comments

Admin Kmania.