Buat Penggemar Kopi dan Kaki Jalan Korea, Bandar Gangneung Perlu Anda Kunjungi (Part 1)

Berita baik kepada sesiapa yang akan travel ke Korea amnya dan penggemar kopi khasnya. Anda adalah orang  yang paling dikehendaki. Sekitar bulan Oktober ini akan diadakan Festival Kopi Gangneung atau Gangneung Coffee Festival. Festival Kopi Gangneung ini mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan ia merupakan acara tahunan dibandar Gangneung. Selain menjadi salah satu lokasi Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, Gangneung juga dikenali sebagai bandar kopi atau city of coffee kerana di sini diibarat sebagai syurga kopi.

Gangneung juga kini mempunyai lebih dari 300 cafe kopi di mana para pelancong dan pengunjung  boleh merasai  pelbagai jenis kopi dari seluruh dunia. Terdapat juga  sebuah Muzium Kopi, di mana pelancong boleh mengetahui bagaimana kopi dihasilkan serta mengetahui sejarah kopi di Korea. Kini, kopi menjadi signature drink di Gangneung dan yang pasti anda wajib mencubanya.

Festival Kopi  ini juga meraikan budaya kopi yang sedang berkembang di Gangneung  dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan membuka peluang kepada vendor rantaian kedai kopi yang popular serta kedai kopi artisan untuk turut serta difestival berkenaan. Aktiviti yang dilakukan adalah berkaitan dengan kopi. Antaranya pameran pameran, program menghasilkan kopi panggang, membuat kopi, seminar tentang industri kopi, pertandingan barista. Vendor kopi juga boleh mendaftar untuk menyertai seminar mengenai industri kopi ditapak festival.

Kerajaan Korea mengharapkan dengan berlangsungnya Olimpik Musim Sejuk serta Paralimpik PyeongChang 2018 kelak akan menjadikan Festival Kopi ini mendapat sambutan serta semakin dikenali terutamanya kepada para pelancong.

Pengunjung mencuba merasai kopi yang disediakan

Aksi yang dipertontonkan pada Gangneung Barista Awards

Apa yang anda perlu ketahui berkenaan festival ini adalah seperti berikut;

Tarikh festival : 6- 10 Oktober 2017

Program / Aktiviti:

  • Barista performance
  • Sampling coffee
  • Seminar
  • Stamp rally
  • World Coffee Zone
  • Outdoor Café Zone by participating cafés from the Gangneung area

Masuk / Yuran penyertaan:  Percuma (sesetengah aktiviti dikenakan bayaran)

Alamat: 131, Nanseolheon-ro, Gangneung-si, Gangwon-do.

Pengangkutan:

[Bas]

1)Dari Gangneung Intercity / Express Bus Terminal, ambil bas no. 221. Turun di Anmok (hentian akhir) dan berjalan ke lokasi festival  (10 minit).
2) Dari Gangneung Station, ambil bas no. 223 ke Anmok (hentian akhir)

[Teksi]
Ambil teksi dari Gangneung Bus Terminal ke Gangneunghang Port (dalam  20 minit).


 Coffee Masters / Generasi Pertama Barista

Bohemian Roasters

Bohemian Roasters mungkin tidak dikenali oleh penduduk atau pelancong luar tetapi ia sebenarnya cukup terkenal dikalangan netizen Korea  sebagai Encik Park Yi Choo, iaitu seorang Coffee Master yang juga merupakan barista generasi pertama di Korea. Beliau memulakan perniagaan kopi di Seoul sejak tahun 1988 dan berpindah ke Gangneung pada tahun 2000 untuk menyebarkan cara membuat kopi panggang sendiri. Anda boleh menikmati secawan segar kopi yang dibancuh oleh beliau sendiri sama ada di cawangan kedai yang beropersi di Yeongjin atau Gyeongpo.

“Perkara yang paling penting ialah anda perlu membuat kopi yang boleh anda minum dalam tempoh 10  atau 20 tahun yang mendatang dan bukan banya mengikuti trend kopi. ” Park Yi Choo, Coffee Master. 

Address: 107 Haean-ro, Sacheon-myeon, Gangneung, Gangwon-do, South Korea.

Website: http://www.bohemian.coffee/


Terarosa Café and Coffee Factory

Asalnya bermula sebagai kilang yang membekalkan kopi panggang untuk kafe-kafe sekitarnya. Kafe dan kilang  ini menawarkan menu brunch (breakfast+Lunch) dan kopi yang enak dalam suasana yang menyenangkan. Tambahan dengan rekaan serta hiasan dalaman yang unik serta sofistikated pasti menarik perhatian para penggemar kopi khasnya.

Kredit gambar : FB Terarosa – 테라로사

Kredit gambar : FB Terarosa – 테라로사

Kim Yong Deok,selaku pemilik Terarosa Café ini mengimpikan kafe yang berteraskan budaya. Di sini, anda dapat melihat ramai pengunjung membaca buku, menulis atau berbual sesama pengunjung yang lain. Malah
Kafe Terarosa ini akan bertindak sebagai hos bagi mini konsert setiap tahun.

“Terra rossa bermaksud batu bata bewarna merah di Portugal. Ia turut dipanggil sebagai ‘a land of hope’ di Brazil. Amat penting membina budaya kopi. Sebab itu saya mahu mewujudkan ruang budaya bersama dalam kilang kopi ini.” – Kim Yon Deok.

Website  : http://www.terarosa.com/

Facebook  Pageterarosacoffee


Anmok Cafe

Dahulunya Anmok Streets hanyalah sebuah jalan yang biasa. Raya-rata pengunjung membeli kopi dari vending machine sambil berjalan untuk menikmati pemandangan pantai Anmok. Setelah menginjak tahun, keadaan di Anmok sudah bertukar menjadi syurga kopi yang menarik rantaian kedai kopi popular dan kafe yang diuruskan oleh barista terlatih.

Antara Vendor Machine yang terdapat di Anmok Street

Anda boleh mencuba pelbagai jenis kopi disetiap cafe yang ada. Kini Anmok dikenali sebagai Anmok Coffee Streets kerana terdapat lebih kurang 20 kedai kopi disepanjang jalan sejauh 5.67km. Setiap kedai kopi yang terdapat di Anmok Coffee Street mempunyai special coffee dan dessert yang tersendiri. Sambil berehat dari kesibukan harian, anda boleh menikmati kopi di cafe kegemaran anda sambil dihidangkan dengan permandangan pantai yang indah. Anda juga boleh membeli kopi dari vending machine sambil berjalan menyusuri tepian pantai.

Sila baca juga artikel lepas DI SINI


Coffee Cupper Museum

Muzium Coffee Cupper memaparkan koleksi kopi yang jarang ditemui (rare) dari serata dunia. Pengunjung juga dapat melihat dan memahami  sejarah dan budaya unik kopi di serata dunia. Selain itu, anda dapat  mempelajari dan merasai pengalaman menarik dunia kopi.

Pengunjung juga boleh melawat ladang kopi serta dapat melihat proses penanaman sehingga proses penghasilan kopi untuk dipasarkan  dikebanyakan tempat.

Program / Aktiviti: 10,000 KRW per program

  • Coffee roasting
  • Hand-dripping
  • Espresso Extraction
  • Planting activity
  • Chocolate activity

Yuran masuk: 5,000 KRW (dewasa) / 4,000 KRW (4-19 tahun)

Websitehttp://www.coffeemuseum.kr/

Sudah pasti pencinta dan penggemar kopi teruja. Pada sesiapa yang bakal travel ke Korea sepanjang Oktober ini, anda berpeluang merasai pengalaman di Festival Kopi Gangneung. Anda boleh merasai pelbagai jenis kopi dari serata dunia. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Komentar

comments

You may also like...