Nam Joo Hyuk a.k.a Habaek God Of Water Fan-Meet Di Kuala Lumpur Oktober Ini

 

Peminat Nam Joo Hyuk dan Habaek God Of Water

Berita baik untuk anda, kerana Malaysia tersenarai dalam siri jelajah Asia Nam Joo Hyuk. Galaxy Group selaku promoter telah mengumumkan bahawa Nam Joo Hyuk Private Stage [Close-Up] di Kuala Lumpur akan diadakan pada 21 Oktober 2017 bertempat di KWC StarXpo Centre . Pengumuman ini dibuat menerusi laman FB rasmi Galaxy Group.

Tiket bertemu Oppa Nam Joo Hyuk akan mula dijual pada 23 Ogos ini. Jadi, peminat Nam Joo Hyuk dan Habeak God Of Water boleh dapatkan tiket dan anda berpeluang menikmati salah satu keistimewaan seperti Hi-touch, Group photo atau Signed poster.

Mungkin anda salah seorang daripada yang bertuah untuk berjumpa secara berdepan dengan oppa. Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket ini dengan awal. Harga tiket dijual pada harga RM588 (VVIP), RM368 (CAT1), RM268 (CAT2) dan RM168(CAT3). (All number seated) . Tiket boleh dibeli secara online di www.buytickets.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai event  ini, anda boleh hubungi Galaxy Group Hotline di 03-2282 2020 atau layari www.galaxy.com.my .  Anda juga boleh ikuti Facebook Rasmi Galaxy Group untuk ketahui sebarang maklumat terkini.

 

Komentar

comments

You may also like...