/Tawaran buat Malaysian: Rebut peluang duduk serumah dengan selebriti Korea dalam realiti tv, “Seoul Mate”

Tawaran buat Malaysian: Rebut peluang duduk serumah dengan selebriti Korea dalam realiti tv, “Seoul Mate”

CJ & M mengumumkan bahawa mereka sedang mencari peserta daripada luar negara untuk menjayakan program realiti tv terbaru, terbitan O’Live, berjudul “Seoul Mate”. Para peserta akan mengunjungi rumah selebriti korea dan tinggal serumah dengannya selama beberapa hari. Khabarnya, pemilihan selebriti korea adalah secara rawak, maka setiap tuan rumah akan menyediakan kelengkapan asas dan melayan tetamu-tetamunya dari kalangan bangsa dan negara satu persatu.

Satu berita baik, anda juga boleh memohon secara berkumpulan, yakni sebagai pasangan suami isteri ataupun adik beradik ataupun kawan sepapat. Tiada kekangan terhadap isu jantina, agama dan bangsa seseorang peserta, maka sesiapa saja rakyat Malaysia boleh menghantar permohonan. Semua kos perjalanan dan penginapan akan ditampung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Pengumuman calon yang berjaya akan dibuat menerusi Facebook, O’Live. Permohonan ditutup pada 14 September. Apa lagi, marilah mencuba!

 

Sumber: O’Live

Komentar

comments

Admin Kmania.