/Park Seo Joon Akan Jelajah 6 Negara Asia

Park Seo Joon Akan Jelajah 6 Negara Asia

Park Seo Joon  akan mengadakan siri jelajah bertemu peminatnya di enam buah negara Asia. Ini merupakan kali pertama ianya diadakan sejak beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Siri jelajah ini akan bermula di Hong Kong pada 30 September  2017 diikuti Jepun, Taiwan, Singapura dan Thailand. Siri jelajah bertemu peminat ini akan berakhir di Seoul pada 9 Disember 2017. Pengumuman ini dibuat oleh agensi Park Seo Joon, Content Y menerusi laman web rasmi dan laman sosial mereka. Bagaimanapun, tarikh dan lokasi pertemuan akan dimaklumkan kelak oleh pihak agensi.

Park Seo Joon membuat debutnya pada tahun 2011. Antara drama yang telah melonjakkan populariti beliau adalah “Kill Me Heal Me“, “She Was Pretty,” “Hwarang,” dan terbaru “Fight My Way.” Filem terbarunya “Midnight Runners” telah mula ditayangkan di pawagam bermula 9 Ogos lepas dan beliau telah digandingkan dengan pelakon hebat Kang Ha Neul. Filem ini  telah mendapat tontonan sebanyak 3 juta penonton yang rata-rata peminat filem sejak mula ditayangkan. Filem ini  akan mula ditayangkan di beberapa negara seperti  Amerika Utara , United Kingdom, Australia, Singapura, Hong Kong, Jepun, dan Taiwan sekaligus membuktikan populariti beliau dipersada antarabangsa.

Sama-sama kita tunggu maklumat terkini siri jelajah Asia Park Seo Joon ini.

Sumber : Osen

 

Komentar

comments