Lee Gikwang (Highlight) ‘Comeback’ Untuk Projek Solo September Depan

Baru rasanya bersua dengan Lee Gikwang dan kumpulan Highlight dua minggu lepas ketika K-Wave Music Festival 2017 di Sunway Lagoon. Rupanya ada perkabaran gembira dari penggemar sukan bola sepak ini. Selepas lapan tahun, Lee Gikwang bakal muncul semula dengan projek solo. Untuk pengetahuan Lee Gikwang pernah tampil solo sebelum debut bersama kumpulan Beast  atau kini dikenali sebagai Highlight dengan menggunakan nama pentas AJ yang membawa maksud Ace Junior.

Imej Gikwang sebagai AJ 8 tahun lalu

Masih terngiang-ngiang lagu ‘Dancing Shoes‘ yang menampilkan penyanyi HyunA dan koloborasi Yoon DooJoon serta Yong Junhyung sebagai rapper melalui lagu ‘Wipe The Tears‘. Pada ketika itu, Yoon Doojoon, Yong Junhyung, Jang Hyunseung dan Yang Yoseob merupakan backup dancer bagi Lee Gikwang a.k.a AJ.

Lee Gikwang akan buat kemunculan semula untuk projek solonya pada 4 September 2017 dengan sebuah mini album bertajuk ‘ONE‘. Agensinya Around Us Entertainment telah berkongsikan schedule plan, teaser photo bagi album ‘ONE”. Tampil dengan imej yang lebih matang, nampaknya kali ini Lee Gikwang akan menggunakan namanya sendiri.

 

Lee Gikwang juga telah berkongsi sebuah klip video dengan konsep countdown. Video tersebut memaparkan perjalanan karier beliau sebagai seorang selebriti dan berakhir dengan teaser kemunculan solonya. Nampaknya ahli kumpulan Highlight yang lain juga telah berkongsi mengenai kemunculan semula projek solo Lee Gikwang dimedia sosial masing-masing.

Sebelum itu, jom trivia klip video AJ, 8 tahun lepas

.

.

 

 

 

Komentar

comments

You may also like...