Choi Si Won & Kang So Ra bergandingan dalam tvN Revolutionary Love

Berita baik buat peminat kedua-duanya. Choi Si Won & Kang So Ra sudah pun mengesahkan bahawa mereka akan membintangi drama terbaru terbitan tvN, Revolutionary Love atau Byun Suk’s Love.

Choi Si Won sebagai anak chaebol, Byun Suk yang memilih untuk tinggal di bilik apartment kecil di ibu kota. Dia seorang yang romantis, suka mendengar lagu klasik dan jazz dan mempunyai selera fesyen yang agak tinggi dengan hanya menjual barang-barang berharga saja. Kang Sora pula sebagai “Candy spoon” yang hidup serba kekurangan,  dengan hanya bekerja sambilan. Dia tinggal di sebuah bilik terletak di atas atap rumah.

Gambaran ini mungkin mengingatkan anda pada drama tvN Oh Hae Young, di mana mereka sebenarnya berjiran dan hanya dipisahkan dinding tak kalis bunyi. Kebetulan drama ini juga diarahkan oleh PD yang sama, calon Best Director 5th CARI Kdrama Awards yang lepas, Song Hyun Wook.

Kedua-dua mereka masing-masing pernah tercalon Best Supporting Actor 4th CARI Kdrama Awards untuk MBC She Was Pretty , dan Best Supporting Actress 3rd CARI K Drama Awards untuk tvN Misaeng. Penampilan pertama Choi Si Won selepas keluarnya daripada program latihan tentera kelmarin amat dinantikan lagi-lagi lakonannya yang suka mengusik “Jackson” dalam MBC She Was Pretty masih lagi terasa bahangnya.

tvN Revolutionary Love akan disiarkan selepas tvN Live Up to Your Name pada penghujung Oct 2017 ini.

Sumber: jtbc news

Komentar

comments

You may also like...