Rain Rancang ‘Come Back’ Pada November Ini

 

credit gambar twitter : @Sena_Sina

Penyanyi, pelakon, bakal seorang ayah dan juga suami kepada aktress Kim Tae Hee dikhabarkan akan buat kemunculan semuala pada November ini.

Pada 18 Ogos, seorang wakil daripada Rain Company mengesahkan berita tersebut dan berkata, “Rain kini dalam proses  menyiapkan mini album barunya dan dijangka release pada bulan November. Dia kini telah selesai merakam sebuah lagu. ”

Walaupun Rain telah mengeluarkan  single digital  berjudul “The Best Present” pada 15 Januari yang lalu, ini akan menjadi album pertama Rain dalam tempoh tiga tahun dan sepuluh bulan sejak “Rain Effect” dikeluarkan pada tahun 2014. Mini album ini juga akan menjadi projek muzik pertama beliau sejak berkahwin Januari yang talu.

Rain kini terlibat dalam pengambaran filem terbarunya  “Uhm Bok Dong” disamping Kang Sora, Min Hyo Rin, Park Jin Joo dan Lee Shi Un. Filem Uhm Bok Dong ini dikhabarnya sebuah karya berdasarkan kisah sebenar.

sumber : Naver

Komentar

comments

You may also like...