Lee Jong Hyun CN Blue, Seo Young Joo & Yeo Hoe Hyun akan membintangi KBS Lingerie Girls

Seo Young-joo · Lee Jong-hyun · Yeo Hoe-Hyun

Ketiga-tiga pelakon di atas telah pun disahkan membintangi drama terbaru KBS Lingerie Girls bersama Min Do Hee tempoh hari. 

Seo Young-joo sebagai Bae Dong Moon, seorang yang diharapkan selalu membantu Jung Hee sewaktu dia kesusahan.  Dia selalu dianggap sebagai pelindung buat Jung Hee dan akan menjadi cinta hati Jung Hee.
Lee Jong Hyun CN Blue akan membawa watak Ju Yeong Ju, seorang yang prihatin dan bertanggungjawab, menjaga adiknya dan bekerja sambilan di kedai farmasi sehingga digelar “Drugstore Bachelor”. Dia akan membuatkan Jung He  tertanya-tanya.
Manakala, Yeo Hoe Hyun pula sebagai Se Ji Jin, seorang yang senang berkawan dan tak pernah menghampakan permintaan kawan-kawannya kerana sikapnya yang baik dan berkarisma sebagai pemimpin.
Seo Young Joo merupakan pelakon muda yang paling menyerlah dan berpengalaman sekali berikutan kemenangan Best Actor di festival filem antarabangsa untuk filem Juvinile Offender sebagai budak yang melakukan jenayah serta kehebatan lakonannya sebagai anak yang dikasi kemaluannya di dalam filem Moebius. Beliau juga giat berlakon dalam teater, terbaru sekali menerusi filem Age of Shadows dan drama jtbc Solomon Perjury, di mana kematian wataknya dalam drama berkenaan telah mencetuskan perbicaraan mahkamah olok-olok di dalam sekolah.
Lee Jong Hyun pula pernah membintangi drama SBS Gentlemen’s Dignity manakala Yeo Hoe Hyun pula dikenali menerusi drama jtbc Mirror of The Witch dan SBS Doctor Crush pada tahun lepas.
Bona (‘WJSN’) pula telah mengesahkan semalam akan memikul watak Jung Hee. KBS Lingerie Girls’ Generation diarahkan oleh PD Hong Seok-gu dan ditulis oleh Yoon Kyung ah yang mana pernah menghasilkan skrip untuk drama KBS Brain, KBS Master of Study dan terbaru KBS Ms. Perfect, ditayangkan selepas School 2017.
Artikel berkenaan:

Sumber: donga

Komentar

comments

You may also like...