Slot tayangan drama Mr. Sunshine oleh penulis Descendants of The Sun & Goblin, sudah ditentukan

Kredit: donga

Berita baik buat peminat drama KBS Descendants of The Sun dan tvN Goblin! Slot tayangan drama Mr Sunshine sudah ditetapkan di cenel tvN menjelang separuh  tahun pertama 2018 pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Keputusan ini diambil pihak produksi dan penulis Kim Eun Sook atas kesanggupan tvN menampung kos penggambaran yang agak tinggi setelah SBS menolak untuk mendapatkan hak penyiaran.

Mr. Sunshine berkisarkan tentang cerita seorang budak secara ta sengaja menaiki kapal perang menuju ke Amerika Syarikat semasa peristiwa bersejarah Shinmei Yang pada tahun 1871. Budak tersebut membesar dan ditempatkan di Joseon sebagai askar Amerika Syarikat. Watak berkenaan akan dilakonkan oleh pelakon veteran yang versatil, Lee Byung Hun. Turut membintangi drama ini ialah Kim Tae Ri (“Handmaiden”) , Byun Yo Han (“Six Fying Dragon”,”Misaeng”) dan Yoo Yeon Sok (“Romantic Doctors, Teacher Kim”).

Sumber: yonhap

Komentar

comments

You may also like...