Jin SungHo Umum Tinggalkan BOYS24

 

pic credit to twitter @LoJeSworld

Tidak lama selepas penentuan barisan 9 ahli terakhir BOYS24 yang bakal debut, CJ E & M dan MMO Entertainment terpaksa menyampaikan berita sedih ini kepada peminat kumpulan projek BOYS24, atau H: Our.

Pada 14 Ogos, BOYS24 mengumumkan melalui laman rasmi SNS mereka,

“Selamat siang, H: Our ini MMO Entertainment.Pertama sekali, terima kasih kerana sokongan tanpa belah bagi  anda  untuk BOYS24. Pada 12 Ogos, selepas setahun setengah, akhirnya ahli-ahli  BOYS24 yang bakal debut dipilih melalui pengundian dari anda di ‘BOYS4 THE FINAL’. Walau bagaimanapun, selepas mengadakan perbincangan yang mendalam dengan Jin Sungho, yang berada dikedudukan ke-7 di kalangan 9 ahli, kami mendapati bahawa dia mempunyai pandangan muzik yang berbeza. Jadi Sungho pada akhirnya memutuskan untuk meninggalkan pasukan tersebut. Kami mohon maaf untuk mengatakan ini tetapi kami masih mahu menyokongnya sebanyak mungkin. Terima kasih dan terus  menyokong pasukan debut BOYS24 dan Sungho. “

Jin Sung Ho dari MMO Entertainment juga telah mendedikasikan surat tulisan tangan beliau kepada peminat.

“Hello, ini boy Sungho.Satu tahun dan 6 bulan! “Satu tahun dan enam bulan! Terima kasih semua atas usaha dan kesabaran anda selama ini. Saya harap perjalanan BOYS24 dan saya akan kekal diingatan anda semua. Teruskan menyokong BOYS24 dan bersorak untuk mereka. Saya juga berharap anda akan menyokong saya untuk memulakan perjalanan baru yang mencabar. Saya doakan yang terbaik untuk anda dan terima kasih di atas segalanya. Saya sayang anda.  Love u H:Our! Love u Andante!  Ini adalah Wassup dari saya BC Boy  Sungho. Terima kasih!”

Tiada sebarang penjelasan lanjut  jika BOYS24 akan mempromosikan debut hanya dengan 8 ahli setelah ketiadaan Jin Sung Ho, atau pihak agensi akan memilih ahli baru untuk mengisi tempat Jin Sung Ho.

Untuk pengetahuan anda, pemilihan mereka adalah seperti berikut; tujuh ahli dipilih melalui mata terkumpul sebelum ini di Mnet.com (20 peratus), undian awal (10 peratus), penilaian kerja berpasukan (20 peratus), dan live voting (50 peratus). Manaka dua ahli terakhir dipilih oleh agensi. Antara ahli yang telah berjaya dipilih adalah;-

  1. Hwang Inho
  2. Jeong Yeontae
  3. Kim Jinsub
  4. Kim Sunghyun
  5. Yoo Youngdoo
  6. Isaac (Malaysian)
  7. Jin Sungho
  8. Lee Inpyo
  9. Han Hyunuk

Pada yang mengikuti program BOYS24 ini boleh ikuti berita mereka di FB BOYS24 atau tonton mereka di Youtube BOYS24 Official

Yang meminati Jin Sungho ini antara persembahan beliau sekitar tahun lepas.

credit : owner

Lagu tema BOYS24

sumber : FB BOYS24

Komentar

comments

You may also like...