/Selamat Berkhidmat Ji Chang Wook ! Jumpa Lagi Selepas 2 Tahun.

Selamat Berkhidmat Ji Chang Wook ! Jumpa Lagi Selepas 2 Tahun.

Rupa-rupanya pelakon drama Suspicious Partner ini akan menyertai  program khidmat negara bermula hari ini, 14 Ogos 2017. Ji Chang Wook akan menjalani khidmat negaranya di jabatan ketenteraan daerah Gangwon.

Seperti sesetengah selebriti yang lain, Ji Chang Wook juga memilih untuk memasuki program ketenteraan secara senyap tanpa mengadakan sebarang parti atau pertemuan dengan peminat. Menurut agensi beliau, mengadakan parti atau pertemuan dengan peminat tidak bersesuaian dengan personaliti Ji Chang Wook. Ji Chang Wook hanya meluangkan masa yang ada bersama keluarga dan rakan-rakan.

Agensi Ji Chang Wook telah berkongsi gambar terkini beliau dengan style berambut pendek sebelum menjalani khidmat negara. Pada gambar tersebut, tertera mesej dengan tulisan tangan beliau yang menyatakan “Saya akan kembali. Salute!”. Ji Chang Wook juga menyatakan akan menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang rakyat Korea.

Kami harapkan yang terbaik untuk Ji Chang Wook sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Kita jumpa lagi 2 tahun akan datang. Kami pasti akan merindui Ji Chang Wook.

Sumber : xsportnews & Naver

 

 

Komentar

comments