/Rentetan kes Onew Shinee : Mangsa tarik balik aduan

Rentetan kes Onew Shinee : Mangsa tarik balik aduan

Mangsa dikenali sebagai gadis kelab tempat di mana Onew Shinee disyaki mencabul sebelum ini, telah menarik aduan dibuatnya tempoh hari. Walaubagaimanapun, pihak polis masih menyiasat kes ini tanpa perlu kebenaran daripada pelaku ataupun mangsa. Onew, atau nama sebenarnya Lee Jin Ki (28) dituduh mencabul kehormatan dengan menyentuh tubuh mangsa sebanyak 2 atau 3 kali di sebuah kelab Nonhyeon-dong, Seoul.

Onew Shinee menafikan dia melakukan perbuatan tersebut tapi mengaku terlalu mabuk dan tidak mengingati apa-apa sewaktu kejadian.

TVC-mall WW

Yang memburukkan lagi, projek  Onew bersama Age of Youth 2 mungkin terpaksa dibatalkan disebabkan reaksi negatif penonton tetapi ianya belum disahkan secara rasmi baik daripada pihak produksi Age of Youth 2 mahupun SM Entertainment  ataupun Onew sendiri.

Sumber: donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.