❤ Yeo Ji Goo tampak matang, tapi baru saja cecah 20 tahun ❤

Asalnya pelakon cilik, Yeo Ji Goo tak pernah menghampakan peminatnya dalam mempersembahkan gaya lakonan berbeza bagi setiap watak dibawanya. Mula dikenali menerusi MBC Moon Embraces The Sun sebagai putera raja Lee Hwon, Yeo Jin Goo sudah pun menunjukkan sisi matangnya dalam mempamerkan lakonan beremosi penuh kesedihan, namun tampak ‘cool’ walaupun baru berusia 14 tahun pada masa itu. Hasilnya, rating drama berkenaan melonjak naik sehingga pelakon Kim Soo Hyun mengambil alih dan menerajui drama berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Yeo Jin Goo mencairkan lagi hati wanita di luar sana menerusi lakonan penuh melodramatik sebagai seseorang yang mengalami penderitaan menyaksikan pembunuhan sewaktu kecil dalam MBC I Miss You sehingga meraih pencalonan Best Supporting Actor 1st CARI Kdrama Awards. Pengalaman besar ditunjukkannya menerusi filem Hwayi, drama SBS Jackpot, tvN Circle dan terkini, SBS Reunited World benar-benar membuatkan segelintir pelakon memuji kematangannya seolah-olah mereka berlakon dengan seorang sebaya dengan mereka. Ianya turut diakui oleh Lee Jung Jae, Jang Guen Suk, Gong Seung Yeon  dan Lee Yeon Hee. Mungkin lontaran Yeo Jin Goo berbentuk baritone dan “dalam” tersebut menambahkan lagi karismanya. Hasilnya, Yeo Jin Goo pernah digelar “Nation’s Little Brother” oleh pihak media korea di atas penampilannya yang memikat hati para gadis dan wanita di pertengahan usia.

Yeo Jin Goo sedang membintangi drama SBS Reunited World yang kini sedang ditayangkan menjelang Rabu dan Khamis di samping pelakon Lee Yeon Hee yang lebih tua 9 tahun daripadanya.  SBS Reunited World mengisahkan tentang Hae Sung (Yeo Jin Goo) yang telah meninggal dunia dibangkitkan semula 10 tahun kemudian, bertemu semula dengan cinta hatinya, Jung Jung Won (Lee Yeon Hee) yang tidak boleh melupakannya sejak kematiannya. Penonton Malaysia boleh menikmati rancangan ini di Astro ONE hd, 394.

Hari ini, Yeo Ji Goo akhirnya meniti usia 20 tahun. Selamat hari jadi, Yeo Jin Goo! Moga sentiasa sukses dalam kerjaya anda sebagai pelakon.

 

Komentar

comments

You may also like...