/[Berita tergempar] Onew Shinee ditahan polis kerana mencabul kehormatan gadis

[Berita tergempar] Onew Shinee ditahan polis kerana mencabul kehormatan gadis

Pelakon merangkap idol daripada kumpulan Shinee, Onew ditahan polis sebentar tadi kerana menodai kehormatan gadis kelab. Onew dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak 3 kali sekitar jam 7.00 pagi di sebuah kelab terkemuka di Gangnam. Berita mengenainya pernah hangat sekian lama dulu dengan media hanya tak menyebut namanya sebagai suspek.

Polis menahan Onew setelah menerima 112 aduan daripada rakan kepada mangsa. Onew dalam kenyataan balasnya, mendakwa dia pergi ke kelab bersama rakannya sambil meneguk arak. Dia tak sedar pun dia pernah melakukan perbuatan kriminal tersebut. Seorang rakan Onew juga mendakwa, dia mungkin tak sedar pernah melakukan serangan seksual sewaktu menjadi DJ sambilan di kelab tersebut.

Polis memeriksa kesemua bahan bukti termasuklah kamera litar tertutup CCTV, saksi kejadian dan forensik untuk menyiasat kes ini dengan lebih lanjut.

Onew Shinee mula dikenali sebagai pelakon menerusi watak sebagai doktor muda di dalam siri drama popular, KBS Descendants of The Sun. Dia juga pernah tercalon dalam kategori Popular Rookie Actor 5th CARI Kdrama Awards, namun tewas pada Nam Joo Hyuk (SBS Scarlet Heart: Ryeo).

Sumber: yonhapnews

 

Komentar

comments

Admin Kmania.