/[Event-Sept 2017] Japan X Malaysia Friendship Concert

[Event-Sept 2017] Japan X Malaysia Friendship Concert

Untuk kali ini, jom swing the mood from Korea to Japan, KPOP to JPOP

Sempena sambutan ulang tahun Malaysia yang ke-60, Jepun dan Malaysia akan berkolaborasi dalam menjayakan konsert muzik “Japan X Malaysia Friendship Concert 2017“. Konsert ini akan dianjurkan di Sunway Surf Beach pada Sabtu, 23 September 2017. Beberapa artis dari Jepun dan Malaysia akan tampil dengan persembahan hebat mereka sempena konsert ini. Sudah pasti konsert ini hebat dan mengagumkan kerana ini adalah kali pertama Malaysia menganjurkan konsert seperti ini dengan harapan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara rakyat Malaysia  dan artis dari negara Jepun. Bagi sekelompok peminat artis dan muzik Jepun,ini peluang keemasan anda. Konsert ini juga bisa buat anda jatuh cinta dengan dengan keunikanmuzik serta fesyen dan kehebatan persembahan  artis dari Jepun tersebut.

Menurut penganjur konsert ini, antara barisan artis dari Jepun yang akan memeriahkan konsert ini adalah Harajuku Dance Rock Band- An Café, DJ/Rap Duo- Charisma.com dan Tomomi Itano. Bagi menghangatkan suasana, penganjur turut menampilkan ratu rock Japan iaitu Anna Tsuchiya  setelah beliau mendapat banyak permintaan dari peminatnya di Malaysia. Beliau juga  telah banyak mengungguli anugerah dan pastinya persembahan beliau sangat ditunggu-tunggu oleh peminatnya di Malaysia.  Antara lagu Hits beliau adalah bertajuk ‘Rose’ yang merupakan lagu popular daripada siri animasi ‘NANA’. Selain itu, kumpulan penyanyi wanita Juice=Juice turut serta memeriahkan konsert ini dengan persembahan ‘kawai’ mereka serta mengetengahkan J-POP kepada peminat di Malaysia dengan kehadiran dua anggota baru kumpulan tersebut. Untuk pengetahuan anda, para artis yang terlibat dalam menjayakan konsert belum pernah membuat penampilan serta persembahan di Malaysia dan ini merupakan  pengalaman pertama mereka.

Ratu Rock Jepun, Anna Tsuchiya
Harajuku Dance Rock Band, An Cafe/ Antikku Cafe
Juice=Juice
Charisma.com
Tomomi Itani, bekas kumpulan AKB48 yang kini bergerak solo dan telah dikenali sebagai fesyen Ikonik JPOP

Bukan itu sahaja, Malaysia juga turut membariskan artis-artis popular tanah air bagi menjayakan konsert  ini. Antara artis yang terlibat adalah kumpulan popular Bunkface, kumpulan muzik jazz FAZZ  , Jacyln  Victor, Joe Flizzow dan Alvin Chong. Umum ketahui, Jaclyn Victor merupakan seorang penyanyi yang mempunyai asas  kemahiran yang hebat dalam nyanyian dan inilah membuatkan beliau masih kekal dalam industri seni muzik negara sehingga kini. Joe Flizzow pelantun suara  bagi lagu ‘Apa Khabar’ yang mana muzik video tersebut telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 800 juta di You Tube sudah tidak asing lagi bagi kebanyakkan peminat muzik sementelah lagu tersebut telah tercalon di dalam beberapa kategoti anugerah muzik antara bangsa. Selain itu, populariti  Alvin Chong seorang anak seni  berbangsa Cina, yang semakin meningkat naik apabila beliau berjaya menembusi pasaran muzik Melayu. Jadi, jelaslah kehadiran beliau dapat menarik ramai peminat untuk turut sama menjayakan konsert yang gilang gemilang ini.

Bunkface
Jaclyn Victor
Joe Flizzow
Jazz & Musical group – FAZZ
Alvin Chong

Japan X Malaysia Friendship Concert 2017 ini bakal dianjurkan bersama IME Malaysia, ToyboxProjects dan Ishida Taiseisha Inc dengan tujuan yang sama untuk mengeratkan lagi hubungan antara Jepun dan Malaysia serta dapat memahami, menyelami serta menghayati bukan sekadar muzik tetapi berkongsi pengetahuan tentang destinasi perlancongan, budaya, makanan dan pelbagai lagi antara satu sama lain tetapi juga .

Berita baik untuk para pencinta muzik dan penggemar muzik Jepun, anda boleh dapatkan tiket konsert ini. Tiket konsert ini dijual pada harga RM428 (VIP Free Seating), RM378 (VIP Free Seating), RM288 (VIP Rock Zone), RM238 (VIP Rock Zone) dan RM128 (Free Standing). Para pemegang tiket VIP yang berharga RM428, anda akan mendapat peluang untuk bertemu dengan artis dan menerima t-shirt edisi terhad. Bagi pemegang tiket VIP Rock Zone bernilai RM288, anda juga berpeluang bertemu dengan artis dan menerima poster edisi terhad. Bagaimanapun, tawaran ini HANYA terhad kepada 200 pembeli yang pertama sahaja. (Kesemua harga tiket termasuk GST 6% dan tidak termasuk bayaran pemprosesan sebanyak RM4 )

Tiket Japan X Malaysia Friendship Concert ini telah mula dijual pada 8 Ogos 2017 yang lalu. Para peminat bolehlah mendapatkan tiket konsert melalui website Redtix online atau layari terus https://airasiaredtix.com/ .  Untuk pertanyaan dalam bahasa Jepun, sila hantarkan ke info@toyboxprojects.com.

Untuk perkembangan lanjut boleh ikuti mereka di Facebook Toybox Project, dan IME Asia & Malaysia.

Komentar

comments