Lee Min Ki kembali ke arena drama setelah 10 tahun, bersama Jung So Min

Pelakon yang ramping dan tinggi, Lee Min Ki akan membintangi drama terbaru tvN berjudul “This Life Is Our First”  bergandingan bersama Jung So Min.  Ini merupakan penampilan pertama Lee Min Ki sebagai hero drama sejak 10 tahun yang lalu, kali terakhir menerusi drama MBC Dalja’s Spring yang begitu popular di kalangan peminat drama. Jung So Min pula sedang membintangi drama mingguan bersiri KBS, “My Father is Strange” bersama pelakon Lee Joon. Kemunculannya sebagai heroin di dalam drama tvN ini tidak terjangka oleh penulis kerana jadualnya agak ketat dengan drama KBS tersebut.

tvN “This Life Is Our First” mengisahkan tentang bagaimana seorang yang di pertengahan usia 30-an terpaksa berhempas pulas hidup bujang dalam situasi ekonomi diri yang semakin meruncing. Lee Min Ki sebagai Nam Se He, seorang graduan ketenteraan yang menukar profesion ke industri teknology berinformasi (IT) disebabkan tuntutan ekonomi semasa manakala Jung So Min sebagai Yun Ji Ho, yang masuk ke fakulti bahasa Seoul University sebelum bekerja sebagai pembantu penulis skrip drama yang tak berkaitan dengan ijazah yang dipelajari kerana tunjuk protes terhadap kongkongan keluarga.

Mereka berdua dipertemukan di sesuatu rumah, hidup tanpa memerlukan ikatan perkahwinan. Drama ini akan mengeksplorasi stigma masyarakat tentang lelaki dan perempuan yang tinggal serumah. tvN This Life is Our First yang diarahkan oleh Park Joon Hwa iaitu PD tvN Bring it On, Ghost dan ditulis oleh Yoon Nan Joong (“Queen of Office”, “Flower Boy Ramyun Shop”) akan disiarkan menjelang Oct ini selepas berakhirnya tvN Argon, setiap Isnin dan Selasa.

Sumber:  sport chosun , yonhap

Komentar

comments

You may also like...