/Yamashita Tomohisha (Yamapi) & Satomi Ishihara tak jadi kahwin?

Yamashita Tomohisha (Yamapi) & Satomi Ishihara tak jadi kahwin?

Khabarnya, pelakon Satomi Ishihara dikatakan berang dengan tindakan Yamashita Tomohisha kerana seolah-olah tidak serius dengan plan perkahwinan mereka. Satomi Ishihara dan Yampi sedang bercinta seperti dilaporkan media, namun belum ada lagi berita tentang bila mereka akan berkahwin. Daripada pihak pengurusan Yamapi, Johnny pula, seakan-akan tidak bersetuju dan mengesahkan plan perkahwinan Yamapi terpaksa ditangguhkan kerana kesibukan dengan drama Code Blue. Manakala, pihak Ishihara Satomi pula tidak sabar dan ingin percepatkan perkahwinan mereka.

Yamapi sedang membintangi drama sekuel pada Code Blue yang hangat ditayangkan di Jepun baru-baru ini. Drama itu berjaya meraih rating tertinggi sebanyak 15-16 % untuk 2 episod pertama yang ditayangkan, satu pencapaian yang jarang dikecapi produksi drama Jepun sejak beberapa tahun ini. Sesetengah pemerhati berpendapat Yamapi boleh dijenamakan sebagai “Kimura Takuya” di masa akan datang.  Maka, segala khabar angin tentang Yamapi bakal menjejaskan agensi pengurusan Johnny dan masa depan Yamapi jika tak ditangani dengan baik.

Sumber: ytn.co


Komentar

comments

Admin Kmania.