Jo Jung Suk sah sertai, Hyeri masih pertimbangkan untuk drama MBC Two Cops

Jo Jung Suk mengesahkan bahawa dia akan menjadi polis dalam drama terbaru MBC berjudul Two Cops. Drama yang bertemakan komedi romantik ini pada mulanya menggandingkan Jo Jung Suk dan Han Ji Min, sebelum watak yang sepatutnya dimainkan Han Ji Min bertukar tangan kepada Hyeri.

Jo Jung Suk bakal membawakan watak sebagai polis yang berdedikasi dan amanah sebelum dirinya dikuasai roh seorang yang terlibat dengan kes-kes penipuan.  Pelakon yang tercalon 2 kali dalam CARI Kdrama Awards menerusi kategori Best Supporting Actor (MBC King 2 Hearts) and Best Actor (SBS Jealousy Incarnate) ini berpengalaman mengendalikan lakonan yang tampak jahat tetapi kelakar, seperti dilakukannya dalam tvN Oh My Ghost dan SBS Jealousy Incarnate.

Setakat ini, Hyeri masih menimbangkan tawaran untuk bergandingan bersama Jo Jung Suk sebagai wartawan yang berani dan sukakan cabaran tetapi seorang yang tak berhati-hati.

Two Cops ditulis oleh penulis baru, Byun Sang-soon yang memenangi pertandingan penulisan skrip di anjurkan MBC pada tahun lepas. Tiada maklumat siapa pengarah yang akan mengambil projek ini. Ia bakal disiarkan selepas The King Loves dan 20th Century Boy and Girl menjelang Nov ini.

Sumber: jtbcinstiz

Komentar

comments

You may also like...