Peluang menyaksikan Signal Season 2 terkubur selama-lamanya

Produksi tvN mengesahkan Signal Season 2  tidak akan dilaksanakan. Mereka mengatakan khabar angin yang tersebar sebelum ini bahawasanya tvN sedang berusaha untuk menghasilkan siri ke-2 dengan pelakon yang sama adalah palsu dan tak benar.

tvN Signal mendapat penghargaan tertinggi buat peminatnya terutama di kalangan penonton kdrama di Malaysia apabila berjaya menyapu bersih Drama of The Year, Best Directing, Best Screenplay, Best Actor, Best Original Score dan Favorite Drama dalam 5th CARI Kdrama Awards. Sambungan kepada siri asal sangat ditunggu-tunggu peminat kerana ceritanya tergantung walaupun sesetengahnya berpendapat pengakhirannya sempurna dan memuaskan hati.

Sumber: donga

Komentar

comments

You may also like...