Gara-gara kanser hidung, Kim Woo Bin diambang kesakitan

Dua bulan lepas, Kim Woo Bin mengesahkan dia mengidapi penyakit barah hidung atau dikenali sebagai nasopharynx.  Mengikut kenyataan media dikuarkan pihak agensinya baru-baru ini, Kim Woo Bin baru saja selesai menjalani rawatan kemotrapi peringkat pertama dan menyebabkan berat badannya susut 10kg.

“Kesihatan saya hampir pulih. Boleh lakukan ‘exercise’ ” katanya dengan nada berseloroh.

“Tiada perubahan kritikal terhadap fizikal tubuh saya, yang mana disebabkan ubat diambil. Berat badan saya masih kekal 60kg. Saya masih ‘maintain’ ,” katanya lagi.

“Ibubapa dan adik beradik banyak membantu. Shin Min Ah juga menemani saya apabila kelapangan. Peminat juga memberikan sokongan moral.”

Secara kebetulan, Kim Woo Bin pernah melakonkan watak penghidap penyakit kanser dalam drama KBS Uncontrobally Fond yang disiarkan tahun lepas. Lakonan sebagai Shin Jo Young seorang pesakit barah tahap keempat yang akhirnya meninggal dunia  seakan-akan mewajahkan penderitaan dialaminya sekarang.

Pelakon yang pernah tercalon Best Supporting 2nd CARI Kdrama Awards ini sedang menunggu keputusan program khidmat tentera dan menyiapkan projek filem yang banyak tertangguh. Beliau berulang kali dilihat mengunjungi hospital untuk rawatan kanser dan dalam pada masa yang sama, berada di set penggambaran.

Sumber: mtn news

Komentar

comments

You may also like...