Sah, Lee Bo Young sebagai ibu dalam drama hit remake jepun, Mother!

[Dikemaskinikan – 27 Julai 2017]

Lee Bo Young mengesahkan akan melakonkan sebagai ibu dalam siri korea terbaru remake Jepun, Mother. Drama ini bakal diarahkan oleh PD Chicago Typewriter dan On The Way To The Airport, iaitu Kim Chul Gyu dan dikatakan ditulis oleh penulis skrip filem terkemuka, Jung Seo  Kyung (masih belum disahkan setakat ini). PD Kim Chul Gyu dikenali sebagai seorang yang begitu persis dalam  teknik sinematografi bagi  menyerlahkan unsur-unsur metafora terhadap sesuatu. Manakala, Jung Seo Kyung pula ialah seorang penulis skrip yang profilik yang mahir dalam menjadikan ceritanya dari sudut perspektif berbeza dengan konsep ‘twist’ di antara subjek.

29 Mei 2017 -Lee Bo Young yang baru selesai berlakon dalam SBS Whisper telah menerima tawaran membintangi drama remake Jepun, Mother. Drama ini bakal disiarkan di cenel tvN pada penghujung tahun ini dan akan mulai penggambaran seawal-awalnya October ini.

Mother mengisahkan tentang seorang cikgu sekolah rendah yang bersimpati dengan nasib dialami muridnya yang didera secara mental dan fizikal oleh ibubapanya di rumah. Cikgu tersebut, bakal dilakonkan oleh Lee Bo Young, men’culik’ budak tersebut dan membawanya bersiar-siar dengan harapan dia dapat melupakan penderitaan dialaminya. Drama Mothers yang disiarkan di cenel NTV telah mendapat rating tertinggi dan meraih beberapa anugerah penting termasuklah kemenangan Best Actress dan Best Supporting Actress buat pelakon yang membawakan watak sebagai cikgu dan anak murid tersebut.

Jung Seok Sung – dikatakan penulis Mother & pernah bekerjasama dengan pengarah Park Chan Wook untuk filem Handmaiden dan Thirsty.

Drama Mother ini bakal ditulis oleh penulis skrip filem terkemuka, iaitu Jung Seo Kyung . Beberapa karya beliau bersama pengarah tersohor Korea, Park Chan Wook seperti Handmaiden, Sympathy for Lady Vengeance dan Thirst telah mendapat kritikan positif di kalangan penggiat filem terutamanya Handmaiden yang disenaraikan antara filem terbaik dunia tahun 2016 oleh Indiewire, majlis pengkritik Los Angeles, dan lain-lain. Penulisan beliau lebih berkonsepkan thriller di mana ‘twist’ diperkenalkan beberapa kali dalam filem bagi anggapan penonton berkenaan terutamanya daripada persepktif berbeza di permulaaan cerita. Contohnya dalam Handmaiden, beliau telah menyangkakan penonton bahawa A akan ditipu oleh B sambil disokong oleh C. Tetapi, rupanya A dan B bekerjasama sebaliknya lalu meninggalkan C. Untuk mengetahui lanjut pasalnya, silalah menonton filem Handmaiden ini.

Sumber: OSEN, yonhap

Komentar

comments

You may also like...

1 Response

  1. July 6, 2017

    […] baru meningkat naik,Kim Tae Ri. Kim Tae Ri ialah memulakan aktiviti lakonannya menerusi filem  Handmaiden di mana dia menjadi pasangan lesbian kepada majikannya, Kim Min Hee sehingga menyebabkannya […]