tvN Criminal Minds menggegarkan panggung Rabu-Khamis

Ramai begitu teruja menantikan kemunculan Moon Chae Won, pemenang Best Actress 1st CARI Kdrama Awards dan Lee Jun Ki, pemenang Popular Actor 5th CARI Kdrama Awards yang lepas di dalam drama terbaru lakonan mereka, tvN Criminal Minds yang bakal disiarkan menjelang Rabu, malam ini.

tvN Criminal Minds diadaptasikan daripada siri drama Amerika yang popular juga menggunakan tajuk yang sama. Lee Jun Ki bakal membawakan watak Kim Hyun Joon, seorang penyiasat ‘profiler’ yang mampu mengagak bagaimana kejadian jenayah berlaku dengan melakonkan semula adegan tersebut. Kim Hyun Joon merupakan agen terbaik pernah dihasilkan oleh pasukan SWAT. Dia bukan saja hebat dari segi ‘profiling’ malah dengan ketinggian, fizikal tubuh yang sasa dan kepantasannya hasil latihan daripada SWAT menjadikan dia agen mampu menyelesaikan kes kriminal dengan mudah. Kelemahannya ialah dia seorang yang keras kepala, dan pemarah.

 

Maka, diperkenalkan pula Ha Sun Woo, lakonan Moon Chae Won bagi mengimbangkan Kim Hyun Joon. Ha Sun Woo seorang yang spesifik dan mementingkan kelogikan dalam menafsirkan kelakuan jenayah, sangat berbeza dengan personaliti  Kim Hyun Joon. Kedua-dua mereka selalunya akan bertembung dan berseteru antara satu sama lain , tapi mereka tetap dalam misi yang sama iaitu menangkap penjenayah. Mereka merupakan orang kanan pada ketua siasatan jenayah khas, Kang Ki Yung (Son Hyun Joo).  Selain mereka, Yoo Min Young (Lee Sun Bin) yang bertanggungjawab sebagai operasi media, Lee Han (Go Yoon) dan Na Na Hwang (Yoo Sun) juga mencukupkan kombinasi enam orang terlatih di bawah kendalian Kang Ki Yung bagi menyelesaikan kes-kes jenayah yang sukar.

Drama ini ditulis oleh Hong Seung Hyun dan diarahkan oleh PD Yang Yun Ho dan Lee Jun Hyo. PD Yang Yun Ho terkenal dengan  drama suspens tvN Good Wife manakala Lee Jun Hyo pernah mempunyai pengalaman sebagai pembantu dalam KBS IRIS sebelum ini.

Petikan temuduga ringkas bersama Moon Chae Won & Lee Jun Ki semasa sesi sidang media,

“Saya sukakan tema jenayah dan penyiasatan, dan mendapati kerjaya sebagai ‘profiler’ sebagai suatu pekerjaan yang menarik, maka watak Han Sun Woo sangat dekat dengan hati saya. Walaupun saya pernah belajar sedikit kemahiran melakukan aksi di universiti, namun ianya ternyata berbeza apabila berada di set lakonan kerana ia sesuatu yang baru. Maka, untuk melakonkan Ha Sung Woo, saya kerap menonton video yang memaparkan aksi wanita sebagai ‘profiler’ di mana saya pelajari bagaimana mereka berfikir dan lain-lain.” – Moon Cha Won

“Kita dapat rasa sesuatu tak tertunai apabila keadilan tidak ditegakkan. Jika versi tvN Criminal Minds korea ini mampu memberikan sokongan emosi buat penonton, saya dapat rasakan ia sesuatu yang baik. Drama ini akan jadi lebih menarik dan beremosi berbanding berat dengan konsep penyiasatan.” – Lee Jun Ki.

Jangan lupa saksikan drama ini!

Komentar

comments

You may also like...