Seo Hyun Jin & Yang Se Jong sah membintangi drama SBS Temperature of Love

Seo Hyun Jin, ratu komedi romantik tahun 2016 , sudah pun mengesahkan akan berlakon dalam SBS Temperature of Love yang dijadualkan menggantikan SBS Falsify.  Drama Temperature of Love berkisarkan mengenai seorang penulis skrip bernama Lee Hyun Soo yang mempunyai hubungan maya (‘online relationship’) baik dengan seorang tak dikenali rupanya yang memasang impian untuk bergelar tukang masak (‘chef’) Perancis terkenal.

Lee Hyun Soo bekerja sebagai pembantu seni selama sepuluh tahun. Disebabkan bosan dengan kerenah di syarikat konglamerat, Lee Hyun Soo berhenti kerja dan memulakan langkah sebagai penulis drama. Dia berkenalan dengan seorang tak dikenali di ruang media sosial.

Manakala, watak tukang masak tersebut, Jeong Seon akan dilakonkan oleh Yang Se Jong, pelakon baru yang menyinar melalui Saimdang. Jeong Seon ialah  seorang pemilik restoren ‘Good Soup’ yang mendapat penghargaan Michelin. Beliau belajar memasak daripada sekolah terkemuka, Le Cordon Bleu di Perancis.

Tidak menyangka Seo Hyun Jin akan bertemu sekali lagi dengan Yang Se Jong setelah bergandingan sama sebagai dr. Yoon Se Jong dan dr. Do Im Bom dalam SBS Romantic Doctors Teacher Kim, kali ini pula sebagai pasangan romantik.  Dapatkah mereka menyambungkan kimia mereka setelah gagal dalam SBS Romantic Doctors Teacher Kim?

Ini merupakan pembabitan pertama Seo Hyun Jin selepas drama SBS Romantic Teachers Kim dan tvN Another Hae Young yang berjaya meraih pencalonan Best Actress 5th CARI Kdrama Awards dan kemenangan di Baeksang Art Awards 2017. Hubungan mereka akan dijadikan fokus utama drama ini, dan khabarnya drama ini adalah nukilan Ha Myung Hee, penulis drama SBS Doctors. Drama ini akan disiarkan melalui oneHD sebalik saja SBS Fabrication selesai ditayangkan.

Sumber: sportvnews

Komentar

comments

You may also like...