Petisyen Peminat: “Kami mahu Song Song Couple berkahwin di bandar kami, Taebak”

Sebuah taman tema baru telah dibina di bandar Taebak, Korea dan siap sepenuhnya pada bulan Jun lepas. Penduduk Taebak mengumpulkan petisyen untuk meminta pasangan Descendants of The Sun (dots), Song Joong Ki dan Song Hye Gyo mengadakan majlis perkahwinan di taman tema terbaru bandar mereka.

Pelbagai kelengkapan telah tersedia seperti gereja yang diubahsuai seakan-akan landskap drama dots tersebut dan juga kemudahan “honeymoon” untuk mereka. Sebuah patung gangsa menyerupai Song Joong Ki sedang mengucupi Song Hye Gyo juga telah didirikan bagi mengingatkan pengunjung pada adegan penting dots. Oleh itu, pegawai bandar turut turun padang mengunjungi agensi Song Joong Ki bagi menyampaikan hasrat tersebut. Harap-harap impian penduduk Taebak dapat ditunaikan!

Song Joong Ki dan Song Hye Gyo dijadualkan akan bernikah pada 31 Oct 2017 ini. Setakat ini, mereka belum pun mendedahkan lokasi perkahwinan mereka seperti dilakukan pasangan selebriti Kim Tae Hee dan Rain yang merahsiakannya sehingga hari perkahwinan mereka.

Sumber: yonhap.news

 

 

Komentar

comments

You may also like...