Terkini – Penjualan Tiket Konsert Seventeen ‘Diamond Edge’ di Kuala Lumpur Laris

Kepada CARATS dan peminat KPOP,

Umum ketahui, kumpulan Seventeen yang dianggotai seramai 13 orang bakal mengadakan konsert jelajah pertama mereka di Malaysia berikutan permintaan yang tinggi dari kalangan peminat mereka. 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur akan diadakan pada 9 September 2017 nanti di Stadium Negara.  Penjualan tiket bagi 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur telahpun bermula pada Ahad lepas(9 Julai 2017) dari jam 11 pagi sehingga 3 petang di Sunway Velocity. Untuk pengetahuan, pihak IME telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penjualan tiket pada 3 Julai yang lalu. Kami juga telah berkongsi informasi berkenaan penjualan tiket ini beberapa hari yang lepas atau anda boleh baca DI SINI.

Kepada peminat kumpulan Seventeen atau Carat(kelab peminat Seventeen) yang telah berjaya membeli tiket tersebut tahniah kami ucapkan.  Para peminat telah mula membanjiri Sunway Velocity selepas satu jam pihak IME mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penjualan tiket pada 3 Julai yang lalu. Rata-rata tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.  Menurut informasi dari pihak IME Malaysia, sebanyak 60% tiket telah berjaya dijual pada hari pembukaan penjualan tiket.   Ini sekaligus membuktikan, Carat dan peminat KPOP telah bersedia dan tidak sabar untuk mengikuti konsert jelajah pertama Seventeen di Kuala Lumpur pada 9 September nanti.

Kami kongsikan hasil temuramah pihak IME dengan beberapa peminat yang turut membeli tiket pada Ahad lepas.

  • Irene Lau, 21 Tahunmerupakan peminat setia Seventeen sejak kumpulan tersebut debut. Beliau bersama kawan-kawannya telah membeli 19 keping tiket rock zone dan dikhabarkan beliau telah pun beratur selama seminggu untuk membeli tiket konsert tersebut. Ternyata kesungguhan beliau itu tidak sia-sia. Antara artis kegemaran beliau adalah D.K dan beliau menyatakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kumpulan Seventeen itu kelak.

 

  • Rachel Tan, 26 Tahunsanggup datang dari Ipoh bersama-sama kawan-kawannya  untuk membeli tiket konsert. Dengan kesungguhan itu, mereka berjaya membeli 44 keping tiket rock zone dan juga tiket VIP. Sementara itu, Rachel juga sempat berkongsi cerita di mana peminat Seventeen rata-rata pernah memuat naik status di laman sosial masing-masing menyatakan mereka benar-benar berharap dapat menyaksikan konsert Seventeen di Malaysia. Akhirnya impian mereka menjadi nyata, terima kasih pihak penganjur, IME. Penantian mereka sudahpun berakhir.

 

Pada para peminat yang masih belum mendapatkan tiket, anda bolehlah melayari laman web Ticketcharge di  www.ticketcharge.com.my atau menelefon talian  +603-92228811 untuk pembelian tiket. Peminat juga boleh mendapatkan tiket di outlet yang terpilih seperti di Speedy video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter informasi  di The Mines shopping mall dan 1 Shamelin. Pada yang berada di sekitar Pahang dan Penang, anda boleh dapatkan tiket di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Penang).

Peminat SVT / Carat yang membeli tiket rock zone atau VIP ticket berpeluang untuk memenangi sound check passes (300 paxs) ATAU peluang menyertai group photo  (total 300 paxs, 15 orang dalam setiap kumpulan) bersama Kumpulan Seventeen secara cabutan bertuah melalui barcode tiket anda.

Untuk informasi terkini, anda boleh mengikuti IME di laman sosial mereka seperti berikut : IME Asia – Facebook, @IME_Asia
di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions menerusi aplikasi WeChat.

#SEVENTEENinMY #DIAMOND_EDGE #IMEASIA #IMEMALAYSIA #KMANIA #CARAT

Komentar

comments

You may also like...