Ticket Launch : 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur

Annyeoung Yeorobun

Masih ingat lagi posting kamu sebelum ini berkenaan Konsert Seventeen “Diamond Edge” di Kuala Lumpur? Berita baik untuk CARAT semua kerana Kami akan kongsikan mengenai penjualan tiket konsert mereka. Jika anda tertinggal artikel mereka sebelum ini, anda boleh membacanya di SINI.

Berikut adalah info berkenaan penjualan tiket Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” in Kuala Lumpur.

#DIAMOND_EDGE #SEVENTEENinMY

Tiket akan mula dijual pada Ahad, 9 Julai 2017 di Cheras Sunway Velocity Mall 1st Floor V Boulevard Entrance bermula jam 11 pagi sehingga jam 3 petang.

Antara terma dan syarat pembelian tiket adalah seperti berikut :

  • Setiap seorang terhad untuk membeli maximum 4 tiket sahaja
  • Limited poster gergasi konsert akan diberi kepada pembeli yang membeli di lokasi jualan sahaja dan ianya tidak terpakai pada pembeli secara online. ( 1 tiket = 1 poster tetapi ianya  tertakluk pada First Come First Serve basis )
  • Jualan tiket secara online juga pada hari yang sama (9/7/2017) bermula jam 4 petang menerusi laman web TicketCharge (www.ticketcharge.com.my)
  • Penjualan tiket di outlet yang terpilih akan bermula pada Isnin, 10 Julai 2017. Para peminat boleh mendapatkan tiket-tiket di Speedy video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, information counter di The Mines shopping mall dan 1 Shamelin.
  • Pada yang berada di sekitar Pahang dan Penang, anda boleh dapatkan tiket di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Penang). Anda juga boleh membeli terus tiket di pejabat TicketCharge atau anda boleh menelefon  TicketCharge di hotline +603-92228811.

#DIAMOND_EDGE #SEVENTEENinMY

Harga yang dikenakan untuk setiap tiket :

  • Rock zone – RM530 (free standing)
  • V.I.P – RM510 (numbered seat)
  • Cat 1 – RM410 (numbered seat)
  • Cat 2 – RM310 (free seating)
  • Cat 3 – RM210 (free seating)
    ** Kesemua harga ticket termasuk GST sebanyak 6% dan Rm4 sebagai bayaran pemprosesan.

Kelebihan Peminat/CARAT : 

Peminat SVT yang membeli tiket rock zone atau VIP ticket berpeluang untuk memenangi sound check passes (300 paxs) ATAU peluang menyertai group photo  (total 300 paxs, 15 orang dalam setiap kumpulan) secara cabutan bertuah melalui barcode tiket anda.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda diingatkan supaya berhemah ketika beratur untuk membeli tiket.

Organise : IME Asia. Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dari FB IME Asia.

 

 

Komentar

comments

You may also like...

1 Response

  1. July 12, 2017

    […] Umum ketahui, kumpulan Seventeen yang dianggotai seramai 13 orang bakal mengadakan konsert jelajah pertama mereka di Malaysia berikutan permintaan yang tinggi dari kalangan peminat mereka. 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur akan diadakan pada 9 September 2017 nanti di Stadium Negara.  Penjualan tiket bagi 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur telahpun bermula pada Ahad lepas(9 Julai 2017) dari jam 11 pagi sehingga 3 petang di Sunway Velocity. Untuk pengetahuan, pihak IME telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penjualan tiket pada 3 Julai yang lalu. Kami juga telah berkongsi informasi berkenaan penjualan tiket ini beberapa hari yang lepas atau anda boleh baca DI SINI. […]