Cha Seung Won & Park Bo Gum jadi abang dan adik dalam drama terbaru Hong Sisters???

Seperti dimaklumkan dalam artikel bulan lepas , Cha Seung Won masih lagi menimbangkan tawaran sebagai raja lembu, iaitu abang angkat pada Sun Wukong. Kali ini, Park Bo Gum pula sedang teliti tawaran untuk watak Sun Wukong. Kemungkinan untuk Park Bo Gum berkecimpung dalam drama agak tinggi kerana dia tak berlakon mana-mana filem pada akhir tahun ini.

‘Farenheit’ mengambil inspirasi daripada lagenda “Journey To The West” dan bakal menghimpunkan elemen-elemen fantasi dalam bentuk romantik komedi. “Journey To The West” ialah lagenda klasik China berkisarkan tentang pengembaraan sami Buddha ke barat sambil ditemani monyet Sun Wukong, babi Zhu Baji dan dewa laut Sha Wu Ji. Seperti yang kita ketahui, adik-beradik Hong terkenal dengan penulisan bercorakkan elemen fantasi komedi seperti mereka lakukan dalam Master’s Sun, Hong Gil Dong dan My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox. Hong Sisters pernah meraih anugerah Best Screenplay Baeksang Art Awards untuk drama the Greatest Love juga menggandingkan Cha Seung Won.

Mungkin, mereka akan menjadikan watak-watak saduran lagenda Journey to West sebagai jelmaan semula di masa moden. Cha Seung Won dikatakan menjadi abang kepada Sun Wukong, raja lembu, dan realitinya dalam dunia moden, dia seorang peniaga yang berjaya dan mempunyai musuh yang ramai manakala Park Bo Gum pula sebagai Sun Wukong, di mana kelahirannya semula ialah seorang peguam yang mempunyai nada kesombongan yang tinggi, ego dan  suka memberontak. Tidak dipastikan bagaimana adik-beradik Hong ini akan mengadaptasikan karya klasik China ini ke layar moden tetapi apa yang penulis agakkan, drama ini mungkin akan mirip seperti My Girlfriend is a Nice-Tailed Fox diadaptasi berdasarkan kisah penglipur lara musang berekor sembilan dan disesuaikan dengan keadaan semasa.   Penyenaraian untuk watak Zhu Baji dan lain-lain masih tidak disertakan lagi dan akan diumumkan kelak.

‘Farenheit’ bakal disiarkan di penghujung tahun ini di cenel tvN/

Sumber: donga

 

Komentar

comments

You may also like...