/Pelakon veteran Yoon So Jung meninggal dunia

Pelakon veteran Yoon So Jung meninggal dunia

Yoon So Jung, pelakon veteran yang membawakan watak sebagai nenda pada puteri Hyemyung (Oh Yeo Seo) dalam SBS MY Sassy Girl telah meninggal dunia pada usia 73 tahun disebabkan keracunan darah (‘septicemia’), seperti dilaporkan di Hospital St. Mary Seoul. Proses pengkebumian beliau akan berlangsung pada lima hari kemudian.

Yoon So Jung pernah menerima Best Supporting Actress Grandbell Film Awards untuk filem A Day, dan beberapa pencalonan anugerah lain. SBS My Sassy Girl merupakan drama terakhir beliau yang sudah dihasilkan sebelum tayangannya di cenel SBS.  Turut berlakon sama ialah Joo Won, pelakon yang baru saja menyertai program khidmat tentera akhir Mei lepas.  Beliau meninggalkan suaminya dan juga anak perempuan, Oh Ji Hye juga seorang pelakon.

Sumber: chosun , joins


 

Komentar

comments

Admin Kmania.