[Berita langsung] Seo Hyun Jin, Jo Jung Suk, Han Ji Min, Cha Seung Won & Jung Yu Mi masing-masing ditawarkan drama baru

15 Jun 2017 – Seo Hyun Jin, ratu komedi romantik tahun 2016 ditawarkan drama SBS terbaru berjudul, Temperature of Love mengenai seorang penulis skrip yang mempunyai hubungan maya (‘online relationship’) baik dengan seorang tak dikenali rupanya yang memasang impian untuk bergelar tukang masak (‘chef’) Perancis terkenal. Hubungan mereka akan dijadikan fokus utama drama ini, dan khabarnya drama ini adalah nukilan Ha Myung Hee, penulis drama SBS Doctors. Ini merupakan pembabitan pertama Seo Hyun Jin selepas drama SBS Romantic Teachers Kim dan tvN Another Hae Young yang berjaya meraih pencalonan Best Actress 5th CARI Kdrama Awards dan kemenangan di Baeksang Art Awards 2017.

Dalam pada masa yang sama, Jo Jung Suk dan Han Ji Min sedang menimbang tawaran drama nukilan penulis baru (‘rookie writer’) berjudul Two Cops, pemenang pertandingan mini drama penyiasatan romantik komedi  yang dianjurkan KBS. Kedua-duanya pernah bersemuka menerusi drama SBS Jealousy Incarnate dan filem Fatal Encounter sebelum ini, tetapi drama ini merupakan gandingan pertama mereka selaku hero-heroin. Jo Jung Suk membawakan watak sebagai detektif polis yang dihantui roh seorang penipu manakala Han Ji Min pula sebagai  wartawan. Drama ini akan disiarkan melalui cenel MBC pada penghujung tahun ini.

14 Jun 2017 – Cha Seung Won telah ditawarkan drama terbaru nukilan adik-beradik Hong berjudul Hwayugi. Drama ini mengambil inspirasi daripada lagenda “Journey To The West” dan bakal menghimpunkan elemen-elemen fantasi dalam bentuk romantik komedi. “Journey To The West” ialah lagenda klasik China berkisarkan tentang pengembaraan sami Buddha ke barat sambil ditemani monyet Sun Wukong, babi Zhu Baji dan dewa laut Sha Wu Ji. Seperti yang kita ketahui, adik-beradik Hong terkenal dengan penulisan bercorakkan elemen fantasi komedi seperti mereka lakukan dalam Master’s Sun, Hong Gil Dong dan My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox.

Mungkin, mereka akan menjadikan watak-watak saduran lagenda Journey to West sebagai jelmaan semula di masa moden. Cha Seung Won dikatakan menjadi abang kepada Sun Wukong, raja lembu, dan realitinya dalam dunia moden, dia seorang peniaga yang berjaya dan mempunyai musuh yang ramai. Tiada maklumat lanjut mengenai pelakon yang ditawarkan watak sebagai Sun Wukong dan lain-lain. Drama ini bakal mendapat tempat di cenel tvN pada penghujung tahun ini

12 Jun 2017 – Jung Yumi, pelakon yang bergiat aktif dalam perfileman, sedang menimbang tawaran drama baru berjudul Live nukilan penulis drama terkenal. Noh hye kyung. Noh Hye Kyung digelar ‘alchemy queen of language’ disebabkan penulisannya yang penuh dengan dialog berbunga-bunga dan metafora di samping subtle serta sarat dengan emosi, hasilnya beliau memenangi 2 kali Best Screenplay di Baeksang Art Awards dan tercalon 2 kali di CARI Kdrama Awards. Dear My Friends dinobatkan Drama of The Year Baeksang Art Awards 2017.

Live berkisarkan tentang kehidupan polis dan bagaimana interaksinya sesama sendiri menjadikan kerjaya ini sesuatu yang bermanfaat kepada orang awam, berlainan dengan cerita kehidupan orang tua di rumah kebajikan yang dibuat penulis ini menerusi Dear My Friends. Live juga menggandingkan Noh Hye Kyung dengan PD Kim Kyung Tae.

Sumber: IS PlusJoongang , Chosun news , Hankookilbo , dramabeans

 

Komentar

comments

You may also like...

1 Response

  1. July 4, 2017

    […] dimaklumkan dalam artikel bulan lepas , Cha Seung Won masih lagi menimbangkan tawaran sebagai raja lembu, iaitu abang angkat pada Sung […]