/PD “Newlywed Diary” gagal dapatkan Ji Sung ❤ Lee Bo Young , cuba cari ganti pasangan selebriti lain

PD “Newlywed Diary” gagal dapatkan Ji Sung ❤ Lee Bo Young , cuba cari ganti pasangan selebriti lain

Rancangan realiti tv yang asal tvN, “Newlywed Diary” sebelum ditukarkan pada “Honeymoon Diary” cuba mendapatkan pasangan selebriti popular, Ji Sung dan Lee Boo Young sejak Mac 2017  tetapi mereka gagal apabila pasangan selebriti ini menolak  untuk menyertai program berkenaan disebabkan komitmen terhadap kerjaya lakonan masing-masing. Ji Sung dan Lee Boo Young baru saja selesai membintangi drama masing-masing menerusi SBS Defendants dan SBS Whisper yang ditayangkan secara berturut-turut. Lee Boo Young pula akan membintangi drama tvN terbaru berjudul, Mother disiarkan lewat tahun ini.  Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan pada Jun 2015, dan kapsyen anak mereka boleh dilihat melalui instagram Ji Sung.

Maka, PD tersebut terpaksa mencari pasangan seleb yang lain. Antara nama yang dapat difikirkan ialah Joo Sang Wook dan Cha Ye Ryun , yang baru saja berkahwin dua bulan lepas. “Newlywed Diary” musim pertama pernah menerima kritikan sebelum ini disebabkan adegan humor yang kurang tetapi netizen menghargai interaksi mesra yang suam antara Ahn Jae Hyun dan Go Hye Sun sepanjang program itu ditayangkan.

Sumber: OSEN


Komentar

comments

Admin Kmania.