Kim Sun Ah & Kim Hee Sun ‘bertempur’ dalam jtbc “Woman of Dignity” – Tayangan bermula 16 Jun 2017

Foto Dikreditkan pada jtbC

Drama yang berpaksikan pada wanita jarang dibuat produksi Korea, tapi kali ini kita bakal dihidangkan dengan gandingan pelakon berkaliber – Kim Sun Ah dan Kim Hee Sun dalam drama terbaru mereka berjudul “Woman of Dignity” yang bakal disiarkan di cenel jtbc bermula hari ini.

Seperti yang saksikan dalam trailer “Woman of Dignity”, Woo Ah Jin (Kim Hee Sun) ialah ‘madame’ rumah besar yang hidup senang atas kekayaan dimiliki oleh ayah mertuanya. Satu hari, dia didatangi oleh Park Bo Ja (Kim Sun Ah) dalam keadaan seperti menuntut dendam atas perlakuan Woo Ah Jin ke atasnya. Dalam temubual dengan jtbC baru-baru ini, drama ini tetap dirahsiakan walaupun telah dihasilkan sejak sekian lama. Ia boleh jadi digarap dalam bentuk melodramatik dan thiller tapi mungkin juga diluahkan dalam segmen satira komedi. Antara drama yang menggunakan konsep sama ialah “Heard it Through Grapevine” dan “Secret Love Affair”, yang tetap suspens tapi juga kelakar.

Drama ini diarahkan oleh PD Kim Yun Cheol dan ditulis oleh Baek Mi Kyeong. Baek Mi Kyeong pernah menulis drama romantik komedi Strong Woman Do Bong Soon , iaitu drama yang telah meraih rating tertinggi di jtbC. “Woman of Dignity” telah terjual di beberapa buah negara termasuklah serantau benua Asia, Amerika dan Australia  menunjukkan kehebatannya walaupun belum lagi disiarkan.

Sumber: donga.com, dramabeans

 

Komentar

comments

You may also like...