TOP menulis surat terbuka permohonan maaf, G Dragon tunduk meminta maaf kepada fans Jepun

TOP yang sedang menganggotai program khidmat tentera telah mengirimkan surat terbuka buat mereka yang kecewa dengan pengakuannya menghisap dadah baru-baru ini. Seperti yang dimuatnaik oleh agensi hiburan YG semalam, TOP meluahkan rasa kesal berpanjangannya terhadap kelakuannya yang melampaui batas. Berikut adalah kandungan surat tersebut:

 

Maaf.

Aku Choi Seung Hyun.

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf dengan penuh rasa ikhlas terhadap kelakuanku yang mendatangkan kemaluan dan kemarahan pada semua orang.

Aku tetap berasa malu walaupun kehadiranku sekarang bukan berada di hadapan mereka.

Aku sangat kesal tanpa alasan yang boleh diberikan lagi, maka aku menulis ini dengan penuh perasaan…

Kerana ini juga, kawan-kawan seperjuanganku di Big Bang juga terkesan sama…

Yang mana, aku sepatutnya menerima hukuman bukannya mereka…

Aku teramat rasa kesal dan kecewa pada diri sendiri kerana tak berfikir panjang.

Kali ini, aku bertekad akan bertaubat beribu-ribu kali dan mengubah diriku menjadi lebih baik..

Aku berjanji aku takkan buat lagi..

Minta maaf kawan-kawan, minta maaf peminat ku semua..

Aku betul- betul malu.

-TOP/Choi Seung Hyun-

G Dragon pada masa sama memohon maaf kepada peminat Big Bang semasa siri jelajah Big Bang ke Jepun tadi. Dia menyampaikan luahan perasan TOP buat peminat semua.

Sumber: isplus

 

Komentar

comments

You may also like...