Sung Hoon akan datang ke Kuala Lumpur, Malaysia

Apa? Malaysia pun termasuk dalam senarai negara yang akan dikunjungi oleh pelakon kacak Sung Hoon sempena siri ‘Jelajah Dunia Sung Hoon’ beliau? Ya, tak salah lagi.

So, embrace yourself, malaysian fans! Sung Hoon is coming to Malaysia! *insert bunyi bunga api*

Sung Hoon, nama yang tidak asing lagi kepada para peminat drama Korea.  Bekas perenang pasukan negara Korea ini memulakan kerjaya lakonan dalam drama New Tales of Gisaeng dan berjaya meraih Anugerah Pelakon Baharu Terbaik pada Anugerah Drama SBS 2011.

Sejak itu, beliau semakin aktif berlakon dan antara drama-drama lakonannya termasuklah Noble My Love, Oh My Venus, Five Children dan My Secret Romance yang berjaya menjadikan beliau semakin dikenali dan diminati ramai.

Disebabkan itulah, beliau bercadang mahu memulakan siri jelajah dunia bagi bertemu serta meraikan para peminatnya. Siri Jelajah Dunia ini akan dimulakan di Thailand dan kemudian ke negara-negara lain seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Filipina, Kanada, Dubai, Amerika, Jepun dan Seoul.

Sung Hoon berjanji akan tunjukkan kemahiran vokal beliau serta kemahiran menjadi DJ (seperti di dalam My Secret Romance). Tambahan lagi, beliau juga menyediakan hadiah istimewa untuk para peminat yang hadir. Beliau berkata, “saya gembira dapat tunjukkan sisi yang lain kepada para peminat selain lakonan. Banyak yang saya sediakan demi jelajah dunia ini. Harap anda semua ternanti-nantikannya.”

Butir lanjut mengenai siri Jelajah Dunia ini masih lagi belum diumumkan. Jadi, teruskan mengikuti kmania untuk berita selanjutnya!

[Dikemaskini]

Sept, 20 – Sung Hoon sah datang ke Malaysia dibawa khas oleh IME.

P/s: marilah mula menabung daripada sekarang. 😂

Sumber: http://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=201706030100019920000997&servicedate=20170602

Komentar

comments

You may also like...