Ratings: KBS Fight My Way melonjak naik 6% ke 10% memotong SBS My Sassy Girl dan MBC Lookout ke belakang

Drama romantik bertemakan kesukanan , KBS Fight My Way mendahului dengan ratings sebanyak 10.0% ke atas SBS My Sassy Girl dan MBC Lookout yang masing-masing memperolehi sebanyak 8.4% dan 6.8% untuk episod terbaru ditayangkan semalam, mengikut agensi ratings Nielsen. KBS Fight My Way menunjukkan lonjakan ketara daripada purata 6% pada minggu lepas kepada 10% pada minggu ini. Manakala, SBS My Sassy Girl menurun sedikit ratingsnya daripada 9.5% ke 8.4% untuk keempat-empat episod (bersamaan 2 episod sejam) ditayangkan menjelang Isnin lepas. Drama tvN Circle yang disiarkan sejam selepas itu kekal dalam ratings 2.0%. Untuk drama moden bergenre romantik komedi mencapai angka peningkatan ini bukan sesuatu yang mudah lagi-lagi drama berentakkan thriller dan politik sedang menguasai pasaran sekarang, namun Fight My Way telah membuktikan sebaliknya.

Bagi yang menonton Fight My Way, pastinya mengingatkan sesetengah pada drama MBC Weightlifting Kim Book Joo. Park Seo Jeon membawakan watak Ko Dong Man sebagai ahli sukan taekwando yang berazam untuk memenangi UFC. Sewaktu bekerja sambilan secara kontrak, dia menemui Choi Ae Ra (Kim Ji Won) seorang yang tomboyish dan boleh melayan perangai gila-gila Ko Dong Man.

Fight My Way sedang hangat disiarkan di KBSW astro 392 setiap hari Isnin dan Selasa.

Sumber: Nielsen Korea

Related article:

Wow seksinya Park Seo Jeon dalam Sammy Way

Komentar

comments

You may also like...