Kwon Sang Woo tak kisah berbadan sado selama 20 tahun

Kwon Sang Woo, yang digelar putera menangis (‘Prince of Tear’) sekian lama dulu tidak keberatan untuk terus kekal berbadan sado walaupun telah dimamah usia. Bagi aktor veteran yang berusia 40 tahun ke atas, bukan mudah untuk menampilkan badan yang sedap mata memandang tetapi tidak pada Kwon Sang Woo yang menganggapnya sebagai rutin hariannya bukannya suatu beban.

Beliau mendedahkannya  dalam temuduga di kafe Sinsa-dong, Gangnam, Seoul. Tambahannya lagi, ia menjadi suatu kebanggaan kekal berbadan sado walaupun usia telah mencecah 60 tahun.

Kwon Sang Woo baru saja selesai membintangi drama KBS Queen of Mistery. Beliau lebih dikenali dengan drama SBS Stairway In Heaven dan SBS Temptation yang digandingkan bersama Choi Ji Woo.

Sumber: msportalkorea

Komentar

comments

You may also like...