Yeo Jin Goo tayang tubuh ‘Six Pack’ nya

Yeo Jin Goo dikenali sebagai pelakon kanak-kanak yang jarang menampilkan susuk tubuhnya. Kali ini, melalui program SBS Power FM ‘Doosyul Escape Cult Show, Yeo Jin Goo mengejutkan para hadirin kerana tanpa segan dan silu menunjukkan tubuh badannya.

DJ kemudian menyentuh tubuh Yeo Jin Goo sambil memuji , ” Ini bukannya main-main “.

Yeo Jin Goo turut mendakwa bahawa dia sedang bertatih-tatih meneguk arak setelah meningkat dewasa. Dipuji oleh pelakon senior yang berkarisma, Lee Jung Jae, dia menjadikan nasihatnya sebagai sandaran untuk memantapkan lagi lakonannya di masa hadapan.

Yeo Jin Goo datang ke program SBS berkenaan untuk mempromosikan filem ‘Warriors of The Dawn’ mengisahkan tentang putera mahkota Gwanghee yang mengambil alih pemerintahan King SeonJo untuk menangkis serangan Jepun. Drama tvN Circle (setiap Isnin dan Selasa) yang dibintangi oleh Yeo Jin Goo juga turut mendapat respons positif di kalangan peminat berdasarkan genre ‘sci-fi’ yang jarang dimainkan dalam industri drama Korea.

Asalnya pelakon cilik, kali ini mereka berentap sebagai hero/heroin drama di slot sama

 

Komentar

comments

You may also like...