“Tolong lepaskan saya, 2 tahun saja lagi!” – Kyuhyun

View post on imgur.com

Cho Kyuhyun, ahli termuda dan ahli terakhir dari kumpulan idola Super Junior yang memulakan sesi menjalani khidmat ketenteraan pada hari ini dalam nada merayu supaya peminat-peminat beliau setia untuk menanti kepulangan beliau selepas selesai menjalani khidmat yang diwajibkan bagi setiap rakyat lelaki di Korea Selatan ini. Beliau meluahkan rasa sedih dan terharu untuk berpisah dengan team ‘MBC Radio Star’ serta semua peminat di dalam episod terakhir tersebut yang ditayangkan malam semalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya sebenarnya mahu kekal sebagai MC Radio Star. Tapi nak buat macammana, mulai esok saya akan jadi pelatih  Cho Kyuhyun.”

Walaubagaimanapun, bagi peminat rancangan tersebut, beliau masih lagi boleh ditonton di dalam beberapa episod yang akan datang memandangkan episod-episod telah pun dirakamkan sebelum ini. Kyuhyun telah menjadi hos tetap bagi rancangan tersebut selama 5 tahun dan 5 bulan, selepas mengambil alih tugas hos tetap sebelumnya, Kim Heechul, yang merupakan ahli kumpulan idola Super Junior juga. Beliau akan memulakan sesi latihan asas di Pusat Latihan Ketenteraan Nonsan sebelum meneruskan khidmat ketenteraan sebagai pekerja perkhidmatan awam (public service worker). Semoga beliau berjaya menyelesaikan khidmat ketenteraan ini dengan suksesnya. CHO KYUHYUN, FIGHTING!

Sumber: sportchosun

Komentar

comments

You may also like...