Wow seksinya Park Seo Jeon dalam Sammy Way

Ingat tak adegan dalam drama MBC She Was Pretty di mana Cho Si Won hanya bertuala di hadapan Park Seo Joon acah-acah terkejut? Kali ini, Park Seo Joon pula dengan adegan bertualanya terkejut akan kelibat Kim Ji Won yang masuk ke rumahnya. Park Seo Jeon menambahkan berat badannya (kurus dalam Hwarang) selama ini bagi mendapatkan tubuh ideal ahli sukan untuk drama terbarunya yang digandingkan dengan Kim Ji Won iaitu KBS Sammy Way.

Park Seo Jeon membawakan watak Ko Dong Man sebagai ahli sukan taekwando yang berazam untuk memenangi UFC. Sewaktu bekerja sambilan secara kontrak, dia menemui Choi Ae Ra (Kim Ji Won) seorang yang tomboyish dan boleh melayan perangai gila-gila Ko Dong Man. Bibit-bibit romantis antara mereka mengingatkan penulis pada Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung dalam MBC Weightlifting Fairy.

Drama yang juga dikenali sebagai Fight My Way ini bakal disiarkan di KBSW astro 392 menjelang Isnin dan Selasa minggu depan.

Sumber: KBSW

 

 

Komentar

comments

You may also like...