Kim Nam Gil & Kim Ah Joong bakal bergandingan sama dalam drama medikal tvN

tvN kebiasaannya akan menampilkan “cast” yang mantap belaka. Kali ini, Kim Nam Gil, pelakon yang sering aktif dalam perfileman, akan bergandingan sama dengan Kim Ah Joong bagi menjayakan siri drama baru tvN berjudul “Myung-Bum”.

Kim Nam Gil akan melakonkan sebagai pakar akupuntur dari zaman lampau, seorang yang genius tapi juga manipulatif. Memiliki wajah yang kacak dan tubuh yang tinggi lampai, personalitinya agak disukai mereka yang bekerja disampingnya. Kim Ah Joong pula akan membawakan watak “Choi Young Kyung” sebagai doktor pelatih  tahun ke-2 di jabatan jantung Hospital Shimnyeong. Choi Young Kyung digambarkan sebagai seorang yang bersikap dingin kerana pengalaman tak berapa baik dialaminya sebelum ini. Namun, takdir menyebabkan Kim Nam Gil melonjak ke 400 tahun hadapan iaitu di Seoul pada 2017. Drama ini sedikit sebanyak mengingatkan pada SBS Rooftop Prince, yakni sekumpulan putera raja bersama-sama orang yang dipercayai melompat ke masa depan bagi merungkai persoalan yang berlaku di zamannya.

Pertembungannya dengan Kim Nam Gil pada masa akan datang akan menyelongkar isu tentang kepentingan ilmu perubatan oriental, iaitu akupuntur yang kian dilupakan apabila manusia mula bergerak kepada ilmu perubatan moden. Drama ini ditulis oleh Kim Eun Hee (bukan penulis Signal & Sign) iaitu penulis MBC Queen of Classroom dan diarahkan oleh PD Dear My Friends, Hong Jong Chan. Ianya akan disiarkan selepas rama tvN Circle pada setiap hari Isnin dan Selasa.

Sumber:  isplus

Komentar

comments

You may also like...