/Penantian mendebarkan buat drama saeguk romantik, MBC Ruler: Master of the Mask (10 May 2017)

Penantian mendebarkan buat drama saeguk romantik, MBC Ruler: Master of the Mask (10 May 2017)

Tak lama lagi drama saeguk terbaru akan menghiasi hari minggu anda. Yoo Seung Ho, pelakon kanak-kanak yang agak berjaya sebagai pelakon muda masa kini bakal menghidangkan kita sesi lakonannya terbaru menerusi MBC Ruler: Master of The Mask. Yoo Seung Ho pernah mendapat nominasi Best Supporting Actor pada 1st CARI Kdrama Award.

Yoo Seung Ho dikatakan akan membawakan watak putera mahkota, Lee Sun (atau dikenali sebagai Sado) yang dihukum mati kelaparan oleh ayahandanya, King Yeonjo di dalam bekas berisi beras. Watak putera yang penuh tragis ini telah menyebabkan Lee Jee Hoon meraih Best Supporting Actor dalam CARI Kdrama Awards lepas dan Yoo Ah In memenangi Best Actor dalam Blue Dragon Film Award.

Namun, drama ini tidak menjelaskan pula siapakah gerangannya putera mahkota Lee Sun ini. Klunya hanya menjurus pada putera mahkota yang lahir pada abad 1700 ke atas dan sekurang-kurangnya hidup sehingga berusia 20-an. Baginda akan dibantu oleh Hong Ga Eun (Kim Soo Hyun) bagi merealisasikan impiannya menjadi raja yang baik dan amanah. Lee Sun menyamar sebagai rakyat biasa dan menjadi putera raja yang bertopeng. Dalam pada masa sama, dia cuba membanteras kegiatan tak bermaruah kumpulan Pyunsoo Hwe dalam mengawal bekalan air penduduk Joseon. Menariknya, drama ini akan membentangkan percintaan antara Lee Sun dan Ga Eun yang mana akan dibandingkan dengan Moonlight Drawn By Clouds yang dibintangi oleh Park Bo Gum dan Kim Yoo Jung.

Seperti dijelaskan oleh Yoo Seung Ho dalam temuduga pelancaran drama baru-baru ini apabila ditanya mengenai hubungan terjalin antaranya dengan pelakon Kim Soo Hyun, Yoo Seung Hoo memberitahu mereka bahawa dia pernah bertemu Kim Soo Hyun namun hanya sekadar barisan pelakon kanak-kanak. Selain muda 6 tahun daripadanya, Yoo Seung Ho tidak kaget dan menganggap Kim Soo Hyun sebagai ‘adik’nya. Mereka berharap gandingan mereka  menyaksikan ‘trending’ di kalangan peminat kdrama.

Drama ini akan disiarkan bermula 10 Mei setiap Rabu dan Khamis di cenel MBC. Bagi penonton Malaysia, anda boleh menikmati rancangan ini di cenel oh! K 394 setiap Khamis dan Jumaat jam 8.00 pm bermula 11 Mei ini. Saksikan trailer di bawah.

Sumber: donga , MBC Master of The Mask

 

Komentar

comments

Admin Kmania.